Bismillahirrahmanirrahim ...
Alhamdulillah pada minggu lepas diri ini diberi peluang menjadi committee untuk persidangan antarabangsa mengenai kesederhanaan yang berlansung di Kuala Lumpur Convention Center. Conference yang berlansung selama 3 hari menerima deligasi dari 73 negara seluruh dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada permulaannya saya sangat excited untuk hadir selama 3 hari berturut-turut tetapi sedikit kecewa apabila dikhabarkan hanya perlu hadir sehari sahaja.
Walaupun hanya sehari pengalaman yang diperoleh masyaAllah sangat banyak. Kami hadir ke tempat kejadian pada pagi hari diiringi 2 polis bagi memudah dan mencepatkan perjalanan ke KLCC. Sungguh hari itu terasa kami sangat penting sehingga perlu diiring polis. Sesampai disana kami diminta memulakan tugas sebagai usherer... tapi tak sampai 10 minit kami diminta menjadi penyusun fail. tidak lama kemudian di minta menjadi crowd. Berlakon menjadi hadirin dan yang paling indah jadi penghantar buku ke mandarin oriental dengan troli.
diluar dewan
susun lampiran untuk fail
Disaat waktu senggang @ tak dapat masuk dewan utama kami duduk diluar dan mengadakan diskusi anak muda. Disini bermulanya perkenalan saya dengan Diniy, Baihaki dan Maruwan. Kami berdiskusi mengenai isu semasa sebelum bergerak ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan tag dan kemudian dimarah oleh seorang mak cik yang stress dengan kerjanya. Kami teruskan dengan buat failing semula sebelum ketemu dengan orang emo lagi. Sungguh kami confuse dengan apa yang berlaku tetapi yg pasti dapat belajar banyak perkara.
buku dan troli
kami superhero
disaat waktu tinggal 30 minit sebelum pulang saya, bai, diniy, maruwan, bahiroh dan 2 lagi di minta membantu en j menghantar buku ke mandarin oriental . Pada mulanya kami ingatkan sedikit sahaja. rupa-rupanya ada 1000 copy buku yang kandungan muka surat 300 keatas. AllahuAllah kami ber 7 menggunakan segala kudrat yg ada untuk menghantar kesemua buku tersebut dengan menggunakan troli.. Sungguh bukan mudah untuk melakukannya. Kemudian memunggah semula sesampai disana sampai kami terpaksa menggunakan elevator menghantar satu2 buku ke tingkat atas.... Selain itu, pengalaman menggunakan lift yg mengerikan tidak akan dilupakan ... Seakan terasa berada di dalam set movie final destination. Nasib baik takde apa2 yang berlaku... Disaat akhir lewat petang, saya Diniy, Maruwan dan Bai sahaja yang tinggal . Kami berempat sahaja yang kekal untuk meneruskan tugas setelah dirayu en j.
lift seram!
Tun M dan conference dinner
bersama delegasi yemen, sweden dan south afrika
dr in the house & notes to the prime minister
kami (saya, maruwan, diniy,bai)
nota kaki : Alhamdulillah diberi peluang timba ilmu dan pengalaman :)
No comments:
Post a Comment