Pages

Saturday, 7 January 2012

bas mini oh bas mini


Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam aq ke AU2 makan malam bersama mama dan baba sebelum dihantar pulang ke UIAM. Dalam sedang menunggu makanan mama menceritakan tentang topik perbualan di radio kesayangannya klasik nasional.. Topik yang mama dengar adalah kenanganku bersama bus mini. Mama kata mama tergelak sepanjang perjalanan mengenangkan kisah manis menaikinya dulu. Mama dan baba pun cerita padaku pengalaman mereka. Kita semua satu. dalam bas tu tak kira kita ni bangsa apa, boleh duduk sama-sama, sembang dan sebagainya. Dan yang paling mencuit hati dari cerita mama adalah gelagat pemandu bus mini sendiri. Bilamana nak corner je dia akan suruh semua penumpang ikut corner, sengetkan badan . kalau ada yang tido dia akan cakap " akak air liur basi dah meleleh bangun2." dan pelbagai lagi. 

Bas sekarang saya fikir tak dapat menandingi keindahan menaiki bas mini. Kita lebih kepada pentingkan diri sendiri, buat hal sendiri dan kalau ada yang ajak berbual beerti sesuatu yang pelik. Kebersamaan dan keramahan dah kurang. Kita akan hanya bercakap dalam bas apabila kita jumpa kawan kita. Apapun zaman berubah, manusia pun berubah tetapi bas mini akan tetap di hati baba dan mama serta mereka yang pernah merasai hidup dengan bas mini. 

ticket bas mini

warna merah jambu basnya.. huhu

zaman dulu2 


nota kaki: saya tak pernah naik bas mini... apapun teringin juga nak naik kalau bas ni diwujudkan semula :)

No comments:

Post a Comment