Wednesday, 28 December 2011
Monday, 26 December 2011
-exam week-
Bismillahirahmanirrahim
hari ini telah bermula revision period untuk final examinationku untuk semester 1, 2011/2012..
hati mula berdebar, takkan mula menggeletar disaat memikirkan exam lagi 48 jam akan bermula...
Moga Allah menolongku dalam menjawab kesemua paper exam yang akan diambil di semester ini
Sungguh jadual exam kali ini dimulakan dengan kesusahan dan diselangi dengan penantian paper seterusnya dengan kesabaran ....
Islam in the Malay World(29/12/2011) - 9am
History of Malaysia 1 (29/12/2011) - 3pm
Creative Thinking and Problem Solving (30/12/2011) - 3pm
History and Civilization of Medieval Europe (9/1/2012) - 9am
Introduction to Usul Fiqh (14/1/2012) - 9am
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah hambamu ini menempuh imtihan didunia ini untuk mendapat keredhaan-Mu ya Allah. Moga imtihan ini menjadi jambatan kepada-Mu di akhirat kelak.
Kepada semua sahabat dan bakal sahabat di Taman Ilmu dan Budi bitaufiq wan najah fil imtihan. Moga anda dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini. Kuatkan semangat dan kurangkan stress.
nota kaki: exam week minggu menguji kefahaman :)
Wednesday, 21 December 2011
Tuesday, 20 December 2011
hati resah
Sejak semalam hatiku rasa resah dan tak tenang. Seakan ada sesuatu yang berlaku tetapi tak tahu apa perkara itu. Dari bangun tidur sampai ke kelas sampai ke katil semula.. rasa tak tenang. sehinggakan atuk @ Prof Kopanski dapat membaca rasa hatiku yang serba tak tenang. Serba tak kena segala sesuatu. Ku cuba kuatkan hati dengan zikrullah.. berfikiran positif dan pelbagai lagi ..... Alhamdulillah kurang sedikit kegusaran dijiwa. Sejam kemudian diri ini terima message dari kakak yang menyatakan
" salam adik, just to inform mama kena sengat lebah lagi dan kali ni mama kena sengat kat kaki"
AllahuAllah sehabis sahaja aq habis membaca message yang dikirimkan itu hatiku rasa seakan retak seribu. Sungguh mungkin Allah ingin tunjukkan padaku sepanjang hari adalah kesakitan yang mama alami. Sungguh ingin sekali terus pulang ke rumah berjumpa dengan mama. Petang semalam mama ada telefon dan waktu itu mungkin belum terkena lagi sengatan tetapi sepanjang malam aq tidak tahu.. Mama tidak menelefonku lansung. Ya Allah adakah aq ini anak yang tidak bertanggungjawab?
Risau mash menyelubungi diri. Hari ini kalau berkesempatan aq ingin pulang. Pulang menatap wajah Mama ku yang paling ku sayang. memikirkan yang esok aq punya kuiz terpaksa menangguhkan hasrat itu. InsyaAllah usai kelas history of Malaysia 1 aq akan terus pulang. Walaupun ada 3 ke 4 jemputan dan program untuk dihadiri malam itu, aq akan tetap pulang kerana aq jantung hatiku mama sedang menanti di rumah . Aq ingin pulang! maaf keluarga itu keutamaanku!
Doaku buat mama :
"Ya Allah kau kuatkanlah mamaku dalam menghadapi ujianmu , moga ujian yang kau berikan itu adalah kafarah dosa baginya untuk sentiasa mengingatimu. Moga mama sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan-Mu ya Allah. Ampunilah dosa-Nya dan rahmatilah dia Ya Allah. Sesungguhnya aq sangat menyanyangi-Nya ya Allah"
Ya Allah ampunkan juga daku hambamu yang lalai dan alpa ini. Maafkan aq yang banyak berdosa padamu. Jadikanlah aq anak yang solehah dan sentiasa patuh pada kata-kata mama dan babaku ... ya Allah hanya kau tempat aq memohon dan kau tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..
nota kaki: Saya sayang mama saya!!
9 ciri-ciri wanita idaman lelaki
Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
Sumber: http://akuislam.com/
nota kaki : apakah kita sudah cukup ciri2 yang dinyatakan. Sama-sama muhasabah.. sekiranya kita ingin lelaki yang soleh , menjaga, baik akhlaknya, kita perlu ubah diri kita dulu :) wallahu'alam
Sunday, 18 December 2011
hidupku untuk Allah bukan manusia
Bismillahirahmanirahim ..
Di saat dataran Tahrir dipenuhi manusia penuh dengan semangat kebebasan dan inginkan perubahan, Nur Husna Sakinah duduk terdiam di meja belajarnya. Terkesima melihat semangat orang-orang arab dalam berjuang untuk perkara yang benar. Selama ini dunia hanya menganggap dunia arab tiada guna dan tidak mampu melakukan perubahan tetapi ternyata anggapan itu salah. Husna adalah pelajar tahun ketiga Universiti Kaherah dalam jurusan perubatan dan kini sedang cuti pertukaran semester. Kali ini dia tidak pulang ke kampung halaman atas sebab sudah mula busy dengan praktikal.
Sedang asyik membaca surat khabar mengenai revolusi yang sedang berlansung Husna didatangi sahabat serumahnya Sumayyah dan perbualan merekapun bermula;
Sumayyah : Siti anti tengah buat apa tu?
Husna : Ana tengah baca surat khabar hari ni pasal riots kat tahrir square tu ..
Sumayyah: Owh yeke... Apa je yang disebut dalam tu anti?
Husna: jumlah yang terkorban dah mencecah 80 orang..
Sumayyah: Innalillah.. Owh ye .. Anti ingat tak Nurruddin dan Iman? mereka dah dapat anak .. Anak perempuan lagi tu .. Comel sangat ana tengok. Anti tak nak pergi tengok ke anak mereka?
Husna: Alhamdulillah dah selamat bersalin dah Iman.. Kalau ada kelapangan InsyaAllah ana akan pergi melawat.
Suara dari dapur kedengaran,
Aishah : Sumayyah mari sini tolong ana potongkan sayur ...
Sumayyah: Baik.. Husna nanti kita sambung cerita ye... Ana ke dapur dulu..
Sumayyah:
Perbualan mereka terhenti disitu, Sumayyah terus berlalu ke dapur. Secara tiba-tiba Husna yang tadi khusyuk membaca surat khabar mula sebak dan mengalirkan airmata. Menyedari itu, Husna terus ke katilnya untuk tidak di syaki oleh mana-mana sahabatnya. Apabila kedua nama itu disebut pasti Husna akan mula teringat peristiwa yang berlaku 2 tahun sebelum itu.
Saat itu Husna masih di tahun pertama di kulliyah... Freshie lagi..Masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran, cuaca , masyarakat dan banyak lagi.. Azam dan tekad memasuki kuliyyah dan mahu pulang ke tanah air untuk berbakti pada masyarakat membakar diri dan semangat untuk kuat menghadapi hari2 yang baru.. Jauh di sudut hatinya rasa rindu pada tanah air tercinta.. ibu , ayah dan adik beradik yang ditinggalkan disana. Mungkin sahaja tidak terungkap dek kata-kata..
Hari-hari berlalu bagai daunan layu ditiup angin . Masuk sahaja semester kedua, Husna mula active dengan persatuan bulan sabit merah di Mesir. Mungkin sahaja itu cara yang terbaik untuk melakukan praktikal jurusan yang sedang dibelajarnya. Disitu juga dia ketemu dengan Nurruddin. Nurruddin merupakan senior tahun kedua yang dikenali tika mula menyertai persatuan mahasiswa malaysia mesir. Dipendekkan cerita, Nurruddin insan yang berjaya menawan hati Husna yang kuat dengan prinsip.Sampai satu ketika Nuruddin menyatakan hasrat untuk melamar Husna. Husna amat gembira tetapi kegembiraan itu bertukar duka apabila Nuruddin berkata yang dia tersilap kata dan menyatakan tidak pernah sama sekali menyukai Husna bahkan sebenarnya dia ingin melamar rakan sebilik Husna.
Tika mendengar kata-kata Nurruddin hati Husna sedih dan hancur. Seakan kaca yang jatuh ke tanah. Selama seminggu Husna tidak keluar dari bilik sampai satu tahap tidak ke kulliyyah. Yang lebih memeritkan adalah apabila Husna diminta teman biliknya Iman untuk menjadi peneman sewaktu majlis pernikahannya dengan Nurruddin. Sepanjang hari Husna kuatkan hatinya dengan mengingat Allah. terkadang bergenang air mata saat duduk disebelah Iman yang sedang bergembira kerana bakal menjadi isteri kepada Nurrudin. Husna terus kuat dan selepas saat itu dia menyatakan pada Nurruddin yang mulai saat itu dia tidak mahu ketemu dengan dia lagi.
Tika sedang mengenangkan perkara lalu, secara tidak sengaja Naqibah Husna datang ke biliknya untuk ketemu dengan Husna. Kak Sayyidah adalah naqibah yang paling Husna sayang. Mereka selalu dijumpai bersama tak pernah jumpa mereka berasingan sampai satu tahap tu kalau nak cari Husna cari je Kak Sayyidah pasti ketemu. Kak Sayyidah terus mendapatkan Husna.

Kak Sayyidah : Kenapa kamu sayang? kenapa menangis.. Ada perkara yang mengundahkan hatimu ke sayang?
Husna: Kak saya sebak dan rasa hilang semangat kak. tadi Sumayyah datang beritahu Nurruddin dan Iman dah dapat anak. Saya sama sekali tidak mahu mendengar nama mereka lagi. Hidup saya dah aman sejak mereka di ijab kabul dan berlalu pergi dari hidup . Tapi bila terdengar nama mereka tadi saya rasa marah pada diri saya kak. Sedih.
Kak Sayyidah: Apa lagi yang mengacau fikiranmu?
Husna: bila semua yang berlaku dua tahun lepas kembali di fikiran, saya rasa lemah kak ... Mungkin sahaja Allah mahu menguji diri ini. Mungkin .. mungkin..
Kak Sayyidah : Apa lagi yang mahu dimungkinkan sayang? sayang Allah tidak akan menguji hambanya kalau dia rasa hambanya itu tidak mampu diuji... Sayang Allah sentiasa mendengar kesedihan hamba-Nya dan sentiasa bersama hamba-Nya cuma kita ni yang selalu alpa dan lupa bila sedih baru mahu kembali pada-Nya.. Cuba fikirkan bagaimana cara kamu kembali tenang setelah diduga dulu.. Ujian hati paling berat sayangku.. Bukan mudah untuk menerima apa yang berlaku tetapi mudah kalau hati itu rasa cinta dan kasihnya kerana Allah dan bukan kerana nafsu. Apa yang berlaku itu mematangkan diri bukan? Jadi apa yang kamu perlu lakukan adalah kembali padanya.. Kuatkan hati akan ada yang lain buatmu dan cinta dan kasih Allah itu lagi penting dari segalanya.
Husna: InsyaAllah kak..
Kak Sayyidah: apa kata kamu lakukan seperti yang pernah kamu lakukan dulu sayang. Moga Allah memberi pertolongan kepada-Mu .. mungkin dia rindu pada-Mu .. Kembalilah sujud padanya sayang.
Kak Sayyidah pun berlalu pergi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan Husna tidak lagi beruzlah dari segala aktiviti yang disertainya. menyendiri dan mencari kekuatan dalam dirinya. Malu pada Allah kerana selama ini cuba menyamakan cinta manusia dan cinta pada Sang Pencipta. Tiap malam dia duduk di hamparan sejadah bertahajjud dan bertaubat pada Allah serta berhajat ditenangkan hati. Lama kelamaan, kekuatannya kembali dan alhamdulillah dia kembali seperti biasa kerana percaya dengan cinta dari Sang Pencipta.
-Bersambung-
*mungkin pendek ceritanya, tetapi ada maksud disebaliknya. faham dan hayati mukadimah cerita ini*

Monday, 12 December 2011
mahu menembak semula
Bismillahirahmanirahim
Sudah lama kiranya diri ini tidak menembak-nembak.. nak ke kelas photographypun tak lepas.. Penuh hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih awlawiyatnya. Harapnya akan kembali ke bidang seni photography yang menjadi hobiku sejak kecil.. rasa xseronok pula kalau perkara yang sudah menjadi minat ditolak ke tepi dan skill yang ada akan karat bak besi yang kena air dan terbiar. Moga-moga akan datang waktu yang dinanti supaya bolehlah kiranya dapat mengambil kelas fotografi di serambimaya atau mungkin dengan abang epah.. Moga-moga juga tak berkaratlah skill yang aq ada..
Dibawah adalah koleksi-koleksi gambar yang aq mula-mula tangkap dan yang ku suka!
Dibawah adalah koleksi-koleksi gambar yang aq mula-mula tangkap dan yang ku suka!
antara gambar pertama di tangkap sesudah membeli d60
indah :)
gambar anak sepupu yg paling comel!
pejabat pos perak!
nota kaki: perlukan waktu untuk sesuatu yang disukai! insyaAllah soon selepas siap menunaikan tanggungjawab dan juga cuti!
Wednesday, 7 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
14 perkara yang disunatkan dilakukan pada Hari Asyura
14 Perkara yang disunatkan dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Selasa, 6hb Disember 2011)
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
*sumber dari pemudacahaya.blogspot.com*
nota kaki: mari kita kumpul ganjaran dari ALLAH swt*
Friday, 2 December 2011
penghijrahan ke tahun baru 1433
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup di bumi-Nya dan menempuh tahun baru hijrah 1433. Tahun baru Islam di sambut saban tahun tetapi tidak oleh semua kerana kita sudah terbiasa dengan tahun baru masihi yang diajar dan didik pada manusia sejak lahir lagi. Mungkin mereka berjaya menakluk mentaliti kita tetapi tak mungkin mereka akan dapat memadamkan Islam dari jiwa kita.
Berkesempatan dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru hijrah pada semua dan berharap kita semua dapat menjadi umat yang lebih baik, hamba yang lebih patuh pada Tuhan-Nya. Selain itu, diharapkan agar semua menyelami dan menghayati kisah penghijrahan Rasulullah SAW daripada Mekah ke Madinah. Kisah persaudaraan Ansar dan Muhajirin dan yang pasti kisah bermulanya agama kita dan perjuangan untuk menyebar dan memasuki hati-hati manusia tika itu yang kita boleh implimentasikan pada zaman ini.
Selalunya bila dengar tahun baru mesti kita akan pasang niat nak berazam baru bukan? Apa kata kali ni kita tukar waktu untuk buat azam baru. Berhijrah dari meletakkan azam baru di tahun masihi ke tahun hijrah . Mungkin sukar tapi kalau kita mulakan dari sekarang mungkin akan jadi kebiasaan di masa hadapan? Tahun in saya mulakan! sebab saya mahu membiasakan diri dengan tahun hijrah dan bulan-bulan di dalamnya.
Dan seperti biasa saya suka berazam setiap kali masuk tahun baru . Antara Azam saya pada tahun ini adalah :
- menjadi anak,wanita,sahabat solehah
-berbakti pada Mama, Baba dan Kakak
-dapat naikkan pointer
-dapat berkhidmat dan beri komitmen pada setiap badan yang saya sertai
-teruskan buat orang gembira
-melawat ke luar negara lagi
-terus belajar dan menimba pengalaman sebanyak mungkin
-dan yang pasti mencari redha Allah, menjadi hambanya yang sentiasa sujud dan patuh padanya dan menjadi ummat yang bisa membuatkan Rasulullah SAW tersenyum di atas sana
Sebenarnya banyak je lagi list azam tapi tak semua boleh di beritahu disini bukan takut-takut kalau tak terlaksana. Tapi apapun saya berharap dengan azam baru, semangat baru saya dapat terus berjaya dalam hidup beserta dengan rahmat Allah. Saya akan buat yang terbaik untuk memastikan kesemua azam saya terlaksana InsyaAllah :)

nota kaki: Pasang niat dan laksanakan niat adalah sebaik-baik perkara dan niatlah kerana Allah taala :)
Subscribe to:
Posts (Atom)