Pages

Wednesday, 29 July 2015

TURKIYE BURSLARI @ PART 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Assalamualaikum wbt. InshaAllah saya akan menyambung penulisan mengenai langkah – langkah selepas penerimaan tawaran biasiswa Kerajaan Turki. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah dipilih untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Turki. Saya sendiri berasa gembira dan dalam masa yang sama bertangungjawab untuk meneruskan pelajaran dengan bersungguh-sungguh kerana peluang tidak datang selalu.
Selepas para penerima biasiswa menerima surat tawaran dan Universiti adalah perlu bagi penerima menyelesaikan beberapa perkara penting sebelum menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa masing – masing. 
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan 
Bagi pelajar degree 
1. Sijil SPM 
2. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)
3. Surat berhenti sekolah 
4. Passport
5. Full medical check up 


Bagi pelajar Master/PHD
1. Sijil SPM (perlu disediakan dalam bahasa Inggeris) 
2. Full transkrip (bagi yang tiada sijil sarjana Muda)
3. Surat tamat pengajian Sarjana Muda 
4. Full transkrip Asasi/A level
5. Passport 
6. Surat cadangan/rujukan dari pensyarah 
7. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)
8. Surat perjanjian
9. Surat Tawaran biasiswa 
10. Full medical check up 



Setelah kesemua dokumen disediakan, para pelajar perlu menterjemah beberapa dokumen ke dalam bahasa Turki. Dokumen- dokumen tersebut adalah 
Bagi pelajar SPM 
1. Passport 
2. Sijil SPM 
3. Sijil berhenti sekolah 
4. Sijil GCE
5. Surat cadangan/rujukan guru 


Bagi pelajar Master/PHD
1. Sijil SPM (perlu disediakan dalam bahasa Inggeris) 
2. Full transkrip (bagi yang tiada sijil sarjana Muda)
3. Surat tamat pengajian Sarjana Muda 
4. Full transkrip Asasi/A level
5. Passport 
6. Surat cadangan/rujukan dari pensyarah 
7. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)

Dalam pada masa yang sama beberapa dokumen perlu mendapatkan cop (pengesahan) daripada beberapa Kementerian. Kementerian dan dokumen tersebut adalah seperti di bawah :

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 
- Full transcript( transkripsi penuh)
- Full transcript Asasi 
- Surat pengesahan tamat pengajian

2. Kementerian Pendidikan Malaysia
- Sijil SPM 
- Sijil GCE
- Sijil tamat Sekolah 

3. Kementerian Luar Negara 
- Passport 
- Full transcript 
- Sijil SPM 
- Surat pengesahan tamat pengajian 


4. Klinik Kesihatan Putrajaya 
- Full medical report 

Setelah semua di cop dan dokumen telah di terjemah barulah urusan dengan embassy Turki boleh dilaksanakan. Ketika pergi menyelesaikan semua perkara diatas perlu dibawa original untuk di tunjukkan kepada semua pejabat dan membuat salinan yang mencukupi. Di Embassy Turki para penerima perlu mendapatkan cop dari embassy dan setiap cop ada bayaran yang perlu dibayar.  Setelah proses tandatangan perjanjian para penerima biasiswa perlu menguruskan visa pelajar dengan bayaran rm200 untuk tempoh 6 bulan. Visa ini diperlukan untuk kegunaan di Turki sementara menunggu proses membuat resident permit/ikamet selesai di sana. 

Contoh2 cop adalah seperti di bawah : 


Figure 1 Cop daripada kedutaan Turki


 Figure 2 Cop dari penterjemah diluluskan Embassy Turkey


Figure 3 Cop dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Figure 4 cop dari klinik kesihatan Putrajaya

                                                                           

   Figure 5 Cop dari Kementerian Luar Negara




Beberapa perkara yang perlu diambil kira antaranya 
1. Borang untuk medical check up 
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp012013.pdf

http://www.moe.gov.my/pdf/MOHE/Health_Examination_Form.pdf

2. Terjemahan dokumen ke dalam bahasa Turki perlu dilakukan pada penterjemah yang dibenarkan/diterima oleh pihak Embassy 

3. Pastikan kesemua perkara telah siap sebelum ke Embassy sekiranya tidak mahu kecewa kerana ada dokumen yang tidak siap. 


Untuk urusan ticket, tempat tinggal dan institute bahasa akan diberikan dalam tempoh menuju kepada hari terbang ke Turki. Semoga dipermudahkan urusan menguruskan dokumen-dokumen. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam penulisan kali ini. 

-Jumpa di Turki!-




Sunday, 11 January 2015

Turkiye Burslari @ Biasiswa Turki (part 1)

Bismillahirahmanirrahim

          Alhamdulillah wa syukurillah hari ini saya beroleh peluang dan ruang untuk mengarang blogpost lagi. InshaAllah hari ini saya akan berkongsi mengenai cara untuk memohon biasiswa Kerajaan Turki. Sebelum itu izinkan saya menerangkan serba sedikit latar belakang biasiswa ini.


Biasiswa Turki 
 Biasiswa ini dibuka untuk pelajar antarabangsa dan tempatan sejak beberapa tahun yang lalu menawarkan beberapa jenis biasiswa mengikut pengajian dan tahap pembelajaran. Biasiswa ini berada di bawah Pejabat Perdana Menteri dan Hubungan Luar Turki. Proses pemohonan biasiswa ini adalah seperti permohonan biasiswa yang lain. Permohonan selalunya dibuka pada awal tahun untuk ketiga-tiga tahap pengajian. Seterusnya, dari segi keperluan permohonan boleh di rujuk pada 'turkiyeburslari.gov.tr'. 

Pengalaman diri 
  Semasa permohonan biasiswa ini dibuka, saya berada di semester terakhir pengajian Sarjana Muda di University Islam Antarabangsa Malaysia. Saya dan beberapa orang sahabat tahu mengenai tawaran ini melalui perkongsian facebook dan carian di internet. Saya menjumpai beberapa tawaran biasiswa seperti biasiswa MARA (www.jpa.gov.my) dan biasiswa kerajaan Korea (http://www.niied.go.kr/).
  Persoalan utama bila memohon untuk biasiswa adalah apakah yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini? apakah pengajian yang ditawarkan? Apakah yang diberikan ? Bagaimana untuk memohon? Jawapan bagi persoalan tersebut adalah seperti dibawah :
- lawati laman web (www.turkiyeburslari.gov.tr)
- jenis biasiswa dan pengajian ada seperti lampiran gambar
- Syarat kelayakan dan lain- lain
page turkiye burslari 
-

jenis biasiswa yang ditawarkan 


peluang yang bakal diperoleh penerima biasiswa


guideline untuk permohonan





muka depan web page untuk permohonan





antara soalan yang perlu dijawab dalam borang permohonan
Untuk dokumen yang diperlukan :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Passport ( sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC 
3. Salinan keputusan SPM 
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan  

Peringkat Sarjana @ Master
1. Passport (sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC
3. Salinan pengajian Sarjana Muda 
4. Salinan keputusan SPM 
5. Salinan recommendation letter dari lecturer (sebanyak 2)
6. Salinan IETS/TOEFL (sekiranya akan disambung dalam bahasa Inggeris, bagi pelajar UIA tidak diperlukan tetapi perlu dimohon dari UIA pengesahan pembelajaran dalam bahasa Inggeris)
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan 

Antara perkara penting ketika mengisi borang permohonan adalah :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Maklumat peribadi 
2. Karangan esei mengenai mengapa memilih Turki, perancangan masa hadapan, mengapa memilih kursus yang dipilih dan apakah hubungan antara kursus tersebut dengan kelayakan terkini. 

Peringkat Sarjana @ Master 
1. Maklumat peribadi 
2. IC 
3. Tajuk thesis untuk pengajian master 
4. Ringkasan thesis 
4. Penglibatan kokurikulum @ luar bilik kuliyah 
5. Perancangan selepas tamat pengajian Master
6. Jenis bahasa yang diketahui 
7. Kelayakan lain 

Selepas selesai melaksanakan permohonan, kita cuma perlu tunggu untuk panggilan temuduga. Surat temuduga dihantar terus kepada email pemohon bagi yang melepasi saringan permohonan.

surat panggilan temuduga 
Semasa temuduga 

Sewaktu temuduga soalan yang ditanya lebih kurang dengan soalan yang ada di borang permohonan. Anda perlu menunjukkan sikap positive dan pro active bagi melayakkan diri untuk terpilih. Bagi saya pengalaman pertama ke temuduga sedemikian adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Mama saya temankan saya untuk temuduga tersebut dan itulah antara satu sebab saya bersemangat sewaktu temu duga. Pastikan anda semua telah bersedia untuk temuduga tersebut. Pemakaian kemas dan lengkap dengan informasi mengenai Turki dan pengajian yang ingin dimohon kerana mereka perlukan jawapan yang solid untuk melihat sejauh mana kesediaan dan kesungguhan anda untuk belajar di Turki. 


Keputusan permohonan
Bagi Sarjana muda keputusan akan dikeluarkan sebulan selepas temuduga dan bagi pengajian Master 2 ke 3 bulan selepas temuduga. Semua keputusan akan diberikan melalui email dan seriously saying everything is done online. Keep yourself online to be updated. Pengalaman saya ketika menerima keputusan adalah malam ramadhan ke 28 saya menerima keputusan melalui email pada mulanya saya agak terkejut dan kemudian membaca secara lansung untuk mendapatkan input serta langkah seterusnya untuk urusan dokumen persiapan ke Turki. 

Konklusi 
Tawaran biasiswa ini alhamdulillah sepanjang berada disini adalah sangat bermanfaat. Antara perkara yang disediakan bagi penerima biasiswa ini adalah :
- Ticket kapal terbang ke Turki 
- Setahun pengajian bahasa Turki 
- duit poket ( mengikut tahap pengajian)
- tempat tinggal (dormitory) 
- perlindungan Insurans Kesihatan 
dan banyak lagi kemudahan dan peluang yang diperoleh haruslah digunakan sehabis baik. 


nota kaki : kalau bermimpi biar sampai ke bintang, tapi perlu diingat perlu direalisasikan bukan hanya sebagai angan. 

-inshaAllah akan ada sambungan untuk urusan ke Turki dan sesudah sampai di Turki