Pages

Sunday, 11 January 2015

Turkiye Burslari @ Biasiswa Turki (part 1)

Bismillahirahmanirrahim

          Alhamdulillah wa syukurillah hari ini saya beroleh peluang dan ruang untuk mengarang blogpost lagi. InshaAllah hari ini saya akan berkongsi mengenai cara untuk memohon biasiswa Kerajaan Turki. Sebelum itu izinkan saya menerangkan serba sedikit latar belakang biasiswa ini.


Biasiswa Turki 
 Biasiswa ini dibuka untuk pelajar antarabangsa dan tempatan sejak beberapa tahun yang lalu menawarkan beberapa jenis biasiswa mengikut pengajian dan tahap pembelajaran. Biasiswa ini berada di bawah Pejabat Perdana Menteri dan Hubungan Luar Turki. Proses pemohonan biasiswa ini adalah seperti permohonan biasiswa yang lain. Permohonan selalunya dibuka pada awal tahun untuk ketiga-tiga tahap pengajian. Seterusnya, dari segi keperluan permohonan boleh di rujuk pada 'turkiyeburslari.gov.tr'. 

Pengalaman diri 
  Semasa permohonan biasiswa ini dibuka, saya berada di semester terakhir pengajian Sarjana Muda di University Islam Antarabangsa Malaysia. Saya dan beberapa orang sahabat tahu mengenai tawaran ini melalui perkongsian facebook dan carian di internet. Saya menjumpai beberapa tawaran biasiswa seperti biasiswa MARA (www.jpa.gov.my) dan biasiswa kerajaan Korea (http://www.niied.go.kr/).
  Persoalan utama bila memohon untuk biasiswa adalah apakah yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini? apakah pengajian yang ditawarkan? Apakah yang diberikan ? Bagaimana untuk memohon? Jawapan bagi persoalan tersebut adalah seperti dibawah :
- lawati laman web (www.turkiyeburslari.gov.tr)
- jenis biasiswa dan pengajian ada seperti lampiran gambar
- Syarat kelayakan dan lain- lain
page turkiye burslari 
-

jenis biasiswa yang ditawarkan 


peluang yang bakal diperoleh penerima biasiswa


guideline untuk permohonan





muka depan web page untuk permohonan





antara soalan yang perlu dijawab dalam borang permohonan
Untuk dokumen yang diperlukan :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Passport ( sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC 
3. Salinan keputusan SPM 
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan  

Peringkat Sarjana @ Master
1. Passport (sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC
3. Salinan pengajian Sarjana Muda 
4. Salinan keputusan SPM 
5. Salinan recommendation letter dari lecturer (sebanyak 2)
6. Salinan IETS/TOEFL (sekiranya akan disambung dalam bahasa Inggeris, bagi pelajar UIA tidak diperlukan tetapi perlu dimohon dari UIA pengesahan pembelajaran dalam bahasa Inggeris)
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan 

Antara perkara penting ketika mengisi borang permohonan adalah :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Maklumat peribadi 
2. Karangan esei mengenai mengapa memilih Turki, perancangan masa hadapan, mengapa memilih kursus yang dipilih dan apakah hubungan antara kursus tersebut dengan kelayakan terkini. 

Peringkat Sarjana @ Master 
1. Maklumat peribadi 
2. IC 
3. Tajuk thesis untuk pengajian master 
4. Ringkasan thesis 
4. Penglibatan kokurikulum @ luar bilik kuliyah 
5. Perancangan selepas tamat pengajian Master
6. Jenis bahasa yang diketahui 
7. Kelayakan lain 

Selepas selesai melaksanakan permohonan, kita cuma perlu tunggu untuk panggilan temuduga. Surat temuduga dihantar terus kepada email pemohon bagi yang melepasi saringan permohonan.

surat panggilan temuduga 
Semasa temuduga 

Sewaktu temuduga soalan yang ditanya lebih kurang dengan soalan yang ada di borang permohonan. Anda perlu menunjukkan sikap positive dan pro active bagi melayakkan diri untuk terpilih. Bagi saya pengalaman pertama ke temuduga sedemikian adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Mama saya temankan saya untuk temuduga tersebut dan itulah antara satu sebab saya bersemangat sewaktu temu duga. Pastikan anda semua telah bersedia untuk temuduga tersebut. Pemakaian kemas dan lengkap dengan informasi mengenai Turki dan pengajian yang ingin dimohon kerana mereka perlukan jawapan yang solid untuk melihat sejauh mana kesediaan dan kesungguhan anda untuk belajar di Turki. 


Keputusan permohonan
Bagi Sarjana muda keputusan akan dikeluarkan sebulan selepas temuduga dan bagi pengajian Master 2 ke 3 bulan selepas temuduga. Semua keputusan akan diberikan melalui email dan seriously saying everything is done online. Keep yourself online to be updated. Pengalaman saya ketika menerima keputusan adalah malam ramadhan ke 28 saya menerima keputusan melalui email pada mulanya saya agak terkejut dan kemudian membaca secara lansung untuk mendapatkan input serta langkah seterusnya untuk urusan dokumen persiapan ke Turki. 

Konklusi 
Tawaran biasiswa ini alhamdulillah sepanjang berada disini adalah sangat bermanfaat. Antara perkara yang disediakan bagi penerima biasiswa ini adalah :
- Ticket kapal terbang ke Turki 
- Setahun pengajian bahasa Turki 
- duit poket ( mengikut tahap pengajian)
- tempat tinggal (dormitory) 
- perlindungan Insurans Kesihatan 
dan banyak lagi kemudahan dan peluang yang diperoleh haruslah digunakan sehabis baik. 


nota kaki : kalau bermimpi biar sampai ke bintang, tapi perlu diingat perlu direalisasikan bukan hanya sebagai angan. 

-inshaAllah akan ada sambungan untuk urusan ke Turki dan sesudah sampai di Turki 

Wednesday, 24 December 2014

Sultan Ahmet Camii @ Masjid Sultan Ahmet


Bismillahirahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah. 



                 Alhamdulillah hasrat di hati untuk menulis semakin dipermudahkan dan inshaAllah akan diteruskan dari hari ke hari dan konsisten setiap hari inshaAllah. Kali ini saya ingin entri saya adalah berkenaan Masjid Sultan Ahmet yang juga dikenali sebagai Masjid Biru. Seperti yang sedia maklum, masjid ini antara lambang kemegahan pelancongan di Turki dan bagi saya pula masjid ini lambang kegemilangan Islam. Kedudukan masjid ini terletak bertentangan Aya Sofia menjadikannya sebuah bangunan yang sangat dihormati dan pertunjuk kebesaran Islam. Pembinaan masjid ini mengambil masa 7 tahun setengah secara kesuluruhan. 
               



      Masjid Sultan Ahmet telah diilhamkan oleh Sultan Ahmet 1( 1590-1617) telah bermula pada tahun 1609 dan siap sepenuhnya pada tahun 1617.Sedikit info tentang Sultan Ahmet 1, baginda adalah Sultan Uthmaniyyah yang ke 14 dan memegang tahta selama 14 tahun sebelum meninggal dunia sewaktu berusia 28 tahun. Sewaktu umur baginda 19 tahun, beliau telah mengarahkan Mehmet Aga untuk membina Masjid tersebut dan baginda sendiri bersama terlibat dalam proses pembinaan masjid.


        Pembinaan masjid telah dilaksanakan oleh pelajar Mimar Sinan yang bernama Sedefkar Mehmet Aga dibawah selian Mimar Sinan sendiri. Selepas Mimar Sinan meninggal dunia Mehmet Aga diangkat sebagai ketua arkitek untuk kerajaan Uthmaniyyah. Sejurus dilantik sebagai ketua arkitek, tugasan pertama beliau adalah melaksanakan restorasi keatas Kaaba dan talang kaabah. 
      
  Fungsi masjid di zaman kerajaan Uthmaniyyah tidak hanya tertakluk pada masjid sebagai pusat beribadah tetapi masjid yang dibina dilengkapi pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan terdapat diperkarangan kompleks masjid termasuk hospital, madrasah, sekolah menengah dan rendah, pasar serta makam diraja. Selain itu, sebuah bilik disediakan untuk pakar astronomi yang dipanggil muvakkithane (rumah masa) tempat untuk menentukan waktu solat serta perkiraan kalendar Islam. 


antara pintu yang terdapat di masjid 

                                        



 Pandangan dalam masjid Sultan Ahmed





penulis bersama sahabat 

perkarangan masjid 

penulis bergambar di hadapan masjid 

gambaran masjid biru dari taman di antara Masjid dan Aya Sofia


nota kaki: Sungguh setiap binaan masjid di Turki ini dipengaruhi seni bina agung gurunya iaitu Mimar Sinan. Ini dapat dilihat pada reka bentuk dan penggunaan marmar beserta abstrak lukisan yang digunakan untuk menghiasi reka dalaman masjid. Masjid ini juga adalah tempat yang paling saya suka untuk menenangkan fikiran disaat kegusaran. Sejauh-jauh Umraniye saya sanggup merentas bosphorus ke tempat ini.