Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum
Tahun 2021 telahpun tiba. To be exact dah sebulan berlalu dan sudah masuk bulan ke 2 iaitu bulan Februari. Sekejap bukan rasanya waktu berlalu. The long or we can say not in the calendar year 2020 berlalu with a blink of an eye rasanya. Walaupun baru sebulan berlalu saya rasakan banyak sekali yang saya pelajari dan banyak yang saya mahu lagi kecapi. Semakin pendek waktu semakin kita rasa mahu menggunakan waktu dengan baik bukan? Seperti list panjang impian yang kita kecapi perlu dilunaskan secepat yang mungkin. Bagi saya mungkin saya selalu suka go with the flow dan santai sahaja tetapi melihat keadaan peredaran dunia dan realiti umur nak masuk 30 tahun ni saya rasa perlu saya segerakan setiap perkara yang saya mahu dan inshaAllah mampu lakukan.
Walaupun aneh bunyinya tapi yelah kita tak tahu apa ada dihadapan tetapi yang pasti kita boleh bersedia untuk sesuatu yang pasti (iaitu kehidupan selepas ini). Saya akronimkan 4 perkara yang saya ingin buat kepada P.I.K.E (P-PhD atau pelajaran/kerjaya, I- Ibadah, K-Kesayangan dan E- Emosi). 4 perkara ini yang bagi saya sangat penting dan yang saya mahu sekali kecapi dan timbangtarakannya. PIKE boleh kita definisikan a sharp point or spike boleh juga summit atau puncak. Itu yang saya mahu kecapi. Fidunya wal akhirah. Balance tapi utama yang keutamaan adalah IBADAH pada ALLAH kerana ALLAH maha pemberi, maha penyayang dan pemegang hidup, hati dan mati serta jalan saya.
Saya yang selalu suka lihat belakang pada kenangan terkenang yang tahun ini diwaktu ini saya buat ini dan itu dan saya berada disini dan situ tapi tahun ini masih lagi saya di Malaysia dan yang paling penting saya masih bersama mama yang tersayang. Sungguh ini adalah anugerah yang terindah. Tidak dinafikan terkadang mahu sahaja rasanya lari kembali ke Istanbul kerana disana adalah tempat selamat untuk saya. Tempat saya boleh berasa saya dan boleh dikira lari dari realiti. Tapi sampai bila nak berlarikan? Solusi untuk mereka yang suka lari (baca : ini saya) adalah menghadapi apa sahaja yang berlaku didepan mata. Ini kerana dengan tidak lari dan hadapi masalah boleh selesai, kesulitan boleh dipermudahkan dan semua boleh belajar dan paling penting boleh move on.
Cakap mudah tapi payah kalau tiada usaha dan semangat ye tak? Saya ingat lagi sahabat saya berkata Amirah, dalam hidup ini motivasi itu perlu. sangat perlu. Akan tetapi perlu dilaksanakan dulu the first step barulah bermotivasi kerana kalau hanya bermotivasi dahulu tanpa buat takkan bergerak. Awak akan stagnant dan awak akan selesa hanya dengan motivasi yang awak ada. Sama juga kalau nak Allah berikan apa yang kita doakan. Kita kena usaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Bila kita dah berusaha barulah kita bertawakal dan berserah kerana Allah yang mencorak jalan hidup kita dan kita perlu terima seadanya. Ada lagi satu teori yang saya pernah belajar masa perhimpunan kat sekolah dulu. Masa zaman saya join pembimbing rakan sebaya. THE SECRET nama program dan bukunya. Penulis buku tu dia percaya dengan LAW OF ATTRACTION. Kita boleh dapat sesuatu yang kita mahu itu dengan menulis dan sentiasa memikirkan dan menyebut tentang perkara itu. Ini kerana akan terwujud gelombang yang pada akhirnya akan membawa kita mendapatkan benda yang kita hajati itu. It happened btw. We become what we want. We get what we want. Ini adalah seperti self motivation and mind training to be exact.
Saya seperti awal tadi saya katakan banyak yang saya mahu lunaskan di tahun 2021. Teras yang banyak itu dimudahkan faham kepada PIKE. Moga saya dapat mencapat setiap hajat saya dan 2021 menjadi tahun saya yang paling bermakna. Mohon doa semua ye. Saya juga doakan untuk setiap satu orang yang membaca ini. Oh ye sebelum saya tutup post ini. Peringatan pada semua, LIFE CAN BE BEAUTIFUL, IF YOU MAKE IT BEAUTIFUL. IT IS UP TO YOU.
Selamat tahun baru 2021 semua :)
nota kaki : azam tahun baru saya sama tetapi dengan harapan baru. moga istiqomah.
No comments:
Post a Comment