Pages

Wednesday, 25 March 2020

Hikmah dalam wabak


Bismillahirahmanirahim


rindu untuk keluar diwaktu seperti ini


Minggu ini adalah minggu kedua kami diarahkan cuti dari datang ke kelas dan hadir ke kelas secara dalam talian. Sungguh bagi saya pelajar yang kelas berhari-hari ini agak kekok kerana perlu duduk dirumah di ruangan selesa saya untuk belajar. Sangat mencabar kerana saya jenisnya boleh belajar dari rumah akan tetapi ada waktu-waktunya. Cuaca Istanbul pula berubah dan sedari mula cuti ke kelas ini hujan dan angin kencang cuacanya. Ini waktu yang selalunya kita akan tarik selimut semula dan tidur. Sukar tapi kena hadap juga! Inikan pula bagi saya yang belajar sepenuh masa ini. 

Manusia itu lumrahnya suka melakukan yang bertentangan dengan apa yang dia suka atau perlu lakukan. Bila sepatutnya belajar, sibuk tengok movie dan drama. Bila perlu fokus dengan satu pasangan pasti pergi cari yang lain atau lagi satu bila suruh duduk rumah ada sahaja nak keluar. Walaupun kita ada kebolehan multi task akan tetapi masih ada lagi suara -suara yang bermain diminda yang menghasut menggangu kita dari melakukan apa yang perlu dilakukan. Kenapa saya katakan begitu? Ini dapat dilihat pada sikap mereka yang memilih untuk keluar dari rumah apabila arahan larangan pergerakan dikeluarkan. Sungguh sebab arahan adalah untuk kebaikan bersama diwaktu sukar buat dunia. Saya sendiri yang berada di Turki sangat risau dan mahu sahaja kalau boleh pulang ke Malaysia. Bukan apa saya mahu bersama keluarga. Selain itu, saya dan rakan rumah memilih untuk tidak keluar dari rumah kecuali atas sebab yang sangat mendesak. Contohnya tadi saya keluar dari rumah untuk pergi membayar sewa rumah kami. Itupun terpaksa dan harapnya selepas ini kami boleh buat bayaran tersebut diatas talian. 

Manusia dan sikapnya itu boleh dilentur. Mungkin ada yang berpendapat kalau sudah lanjut usia susah. Ye memang sukar kerana semakin tinggi ego dan banyak perkara yang kita pelajari. Defends mechanism kita akan selalu on guard untuk lindungi kita. Kerana kita adalah kita dan hanya kita penentu diri kita. Sedangkan tidak salah kalau ada sedikit toleransi dalam komunikasi dan perhubungan. Oh ye lagi satu empathy. Kita tinggal didunia ini bukan seorang tetapi dalam komuniti. Kalau kita saling ada rasa empathy dan humane dalam diri nescaya dunia akan aman. Wabak itu boleh kita lihat hadirnya dengan hikmah. Pertama sebagai bala, peringatan pada yang lupa. Keduanya sebagai pengajaran untuk kita menyusun semula hidup dan luangkan masa lebih dengan yang tersayang dan DIRI KITA. Seharusnya kita mengambil masa ini untuk restart dan reschedule diri kita.  Ini adalah waktunya supaya kita boleh merancang dengan lebih baik untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Moga kalian dapat luangkan masa dengan baik. Moga kalian terus berkasih sayang antara satu sama lain. Buat yang tidak menghargai kalian, doakan untuk orang itu dan teruskan hidup. 



nota kaki : jangan lupa basuh tangan! Stay safe, healthy, hygiene and happy! 

No comments:

Post a Comment