Pada 25 Disember 2015, sebuah filem bersempena 125 tahun tragedi karamnya kapal Ertugrul Frigate 1890 di perairan pulau Kii Oshima. Usaha pembikinan filem ini telah dipersetujui oleh kedua-dua negara diantara President Turkey, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada tahun 2014. Menariknya tentang filem ini adalah pembikinan filem ini mengambil masa kurang dari setahun dan diselia rapat oleh Perdana Menteri Jepun yang bertindak selaku penasihat bagi pembikinan filem ini. Filem ini ditayangkan serentak di kedua-dua buah negara pada 25 Disember 2015 dengan nama Ertugrul 1890 di Turki dan Kainan di Jepun. Filem ini berdurasi selama
2 jam 12 minit telah memberi latar tentang 2 zaman yang berbeza melibatkan peristiwa yang memberi makna kepada persahabatan dua buah negara.
Jalan cerita filem ini dimulakan dengan gambaran perkhabaran dari negara Turki untuk menghantar pingat kembali kepada kerajaan Jepun setelah lawatan rasmi dari Jepun diketuai Putera Kumatsunomiya Akihito bersama isteri ke Istanbul. Pada 1889, kapal Ertugrul, sebuah kapal milik kerajaan Uthmaniyyah diketuai Komander Osman Pasha beserta 587 anak kapal telah memulakan pelayaran. Sepanjang perjalanan ke Asia Timur mereka berhenti di beberapa port utama di rantau Asia terutama negara Islam dan salah satunya di Singapura atas sebab untuk membaiki kapal yang mengalami kerosakan sedikit. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan ke Jepun dan sampai di perairan Jepun selepas 11 bulan pelayaran. Diselitkan juga aktiviti didalam kapal tersebut yang menggambarkan kehidupan sebagai anak kapal menghiburkan hati satu sama lain dengan lagu dan bergusti sebagai hiburan beradu kekuatan.
Kapal Ertugrul di Perairan Konstantinople
Sepanjang berada di Jepun, kapal tersebut menghadapi beberapa masalah kewangan yang menyekat mereka untuk pulang. Ada juga diantara anak kapal yang menghidap penyakit cholera yang membawa kepada kematian. Selepas 3 bulan, barulah mereka mula memulakan pelayaran pulang dan meninggalkan pelabuhan Yokohama menuju laut lepas untuk pulang ke Turki. Didalam filem tersebut digambarkan kegembiraan para anak kapal membeli hadiah buat yang tersayang dan kenang kenangan. Ada diantara mereka yang tidak sabar untuk pulang kerana menerima perkhabaran kelahiran anak pertamanya. Sebagai contoh, ketua bahagian enjin kapal membeli simbol bulan dan bintang dan dipakukan di enjin kapal lambang kebanggaan negaranya. Selain itu, ada yang membeli patung geisha serta kain sutera Jepun yang dirasakannya sangat unik dan hadiah terindah buat keluarga.
Pada masa yang sama, di kepulauan Kii Oshima seorang Doktor didukung waktu oleh pelakon terkenal Jepun, Masaaki Uchino, menerima surat khabar dari tanah besar mengenai negara jauh di tengah Asia hadir memberikan pingat kepada Maharaja Jepun. Selain itu, waktu utama iaitu anak perempuan kepada Doktor kampung itu turut dipamerkan, anaknya menjadi bisu sejak lahir kehilangan suami sewaktu ribut di laut. Gambaran perkampungan itu bersiap untuk menghadapi musim monsoon turut digambarkan. Penduduk kampung telah bersedia dengan meningkatkan lapisan pada dinding rumah supaya boleh meghadapi ribut pada ketika itu. Digambarkan juga ada pesta kecil di rumah geisha dengan hiburan oleh Geisha sebelum kesemua mereka tersentak denan bunyi yang kuat dari laut.
Pada 16 September 1890, ketika mendekati kawasan berhampiran kepulauan tersebut, ribut monsoon telah menyebabkan kapal Ertugrul tidak dapat menahan keganasan lambungan ombak. Digambarkan tiang layar kapal patah yang membawa kepada pengemudian kapal menjadi sukar. Seterusnya dibahagian enjin mereka kekurangan bahan bakar yang kemudiannya mengarahkan kesemua mereka untuk memberikan segala barang yang ada untuk dibakar untuk memastikan kapal boleh terus belayar. Di saat kemuncak, watak utama Yuzbasi Mustafa lakonan Kenan Ece, diberikan botol air mata dari ketua bahagian enjin amanah untuk diberikan kepada keluarga beliau. Seketika kemudian kapal pecah dan membawa kepada insiden yang tidak disangka.
tempat kejadian di Kepulauan Kii Oshima yang bangkai kapal masih berada didasar laut ini
Selepas itu, penduduk kampung yang terdengar bunyi kuat dari laut menuju ke tebing tinggi dan terlihat mangsa dan mayat mereka yang tersadai di gigi air. Mereka tidak henti menyelamatkan mereka yang masih hidup beserta menyelamatkan mayat-mayat mereka yang terkorban. Selain itu, diperlihatkan juga usaha orang kampung yang memberikan segala yang ada untuk membantu termasuk bekalan makanan mereka. Berita mengenai insiden tersebut sampai kepada Maharaja dan kapal perang Jepun telah diarah menuju ke Kepulauan tersebut untuk membantu membawa mereka yang masih hidup dan memerlukan rawatan ke hospital. Disini diperlihatkan juga keprihatinan orang pulau tersebut yang bersama merasai keperitan kehilangan krew kapal tersebut.
Pasca insiden, mereka pulang ke Turki dan insiden 100 tahun kemudian di pertontonkan. Kali ini, diperlihatkan sewaktu krisis di Iran dimana rakyat Jepun disitu tidak dapat pulang disebabkan kapal terbang Jepun tidak boleh melalui ruang udara Iraq sewaktu itu. Berlaku ketegangan di airport apabila kapal terbang yang tinggal ketika itu adalah pesawat “Turkish Airlines”. Ramai rakyat Turki di Iran marah dan meminta agar diberikan tiket kepada mereka supaya boleh bergerak pulang ke negara mereka cepat dan selamat. Sewaktu itu juga diperlihat President Turki yang ke 8, mengarahkan supaya kapal terbang tersebut diberikan kepada rakyat Jepun yang terperangkap di Iran. Mulanya rakyat Jepun yang berkumpul di airport putus harapan kerana tiada lagi pengangkutan pulang tetapi kemudian mereka diberikan ruang terakhir untuk terbang pulang ke Turki selepas diperingatkan tentang kisah Ertugrul yang diselamatkan oleh mereka. Dari sini diperlihat kemulian hati mereka yang sanggup memberi peluang kepada rakyat Jepun sebagai membalas jasa nenek moyang mereka yang lepas.
Dari pendapat saya, filem ini adalah gambaran keakraban dan pengorbanan persahabatan yang kukuh antara dua negara. Persahabatan mereka ini bukanlah hanya pada atas nama diplomasi dicoret diatas kertas tetapi lebih dari itu. Ia melibatkan pengorbanan harta, darah dan kesanggupan berkongsi apa yang ada untuk satu sama lain. Justeru, saya sangat merekomandasikan semua menonton filem ini selain dari kualiti dan jalan cerita ini sangat menarik sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan umur. Sorotan sejarahnya juga memberikan kemudahan untuk memahami perjalanan Sejarah yang cuba ditonjolkan bertepatan dengan tema penceritaan.
Berada di bumi 2 benua pasti kita akan tertarik dengan keindahan lanskap alam dan seni bina lamanya. Tidak dilupakan kehebatan empayar besar Islam yang berpusat di kotanya bahkan sebelum itu kotanya menjadi pusat utama kerajaan Bizantium. Kota Constantinople atau namanya selepas pembukaan Istanbul telah menjadi pusat tumpuan pedagang dan kuasa besar dunia untuk aktiviti perdangangan dan diplomasi antara negara.
Pada tahun 1839, Tanzimat telah diperkenalkan membawa kepada reformasi didalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Polisi-polisi diubah dan gelombang perubahan berkonsepkan permodenan telah diperkenalkan. Tradisi ini telah diteruskan untuk generasi seterusnya sehinggalah ke zaman Sultan yang ke 32 iaitu Sultan Abdul Hamid II. Di era pemerintahan beliau, Turki telah membina banyak hubungan diplomasi bersama kerajaan luar terutama mereka yang mendokong gerakan reformis yang datang cetusan idea dari Barat.
Di Jepun, tugu peringatan mangsa yang terlibat dengan incident ini telah dibina dipulau tersebut dan setiap lima tahun diadakan upacara memperingati dengan kehadiran pemimpin utama dari kedua negara. Selain itu, muzium juga dibina untuk peringatan
Saya sendiri berharap satu hari nanti akan ada initiatif yang dilaksanakan untuk penghasila filem yang mengenai hubungan rantau kita bersama kerajaan Turki Uthmaniyyah yang saya fikir lebih dekat kerana samanya Islah dan Islam buat keduanya. Saya akhiri dengan kata- kata hikmah berikut,”Circumstance and coincidence may cause us to be in the right place at the right time to do God's work in a specific way- Suzanne Farnham”.