Pages

Wednesday, 24 December 2014

Sultan Ahmet Camii @ Masjid Sultan Ahmet


Bismillahirahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pemurah. 



                 Alhamdulillah hasrat di hati untuk menulis semakin dipermudahkan dan inshaAllah akan diteruskan dari hari ke hari dan konsisten setiap hari inshaAllah. Kali ini saya ingin entri saya adalah berkenaan Masjid Sultan Ahmet yang juga dikenali sebagai Masjid Biru. Seperti yang sedia maklum, masjid ini antara lambang kemegahan pelancongan di Turki dan bagi saya pula masjid ini lambang kegemilangan Islam. Kedudukan masjid ini terletak bertentangan Aya Sofia menjadikannya sebuah bangunan yang sangat dihormati dan pertunjuk kebesaran Islam. Pembinaan masjid ini mengambil masa 7 tahun setengah secara kesuluruhan. 
               



      Masjid Sultan Ahmet telah diilhamkan oleh Sultan Ahmet 1( 1590-1617) telah bermula pada tahun 1609 dan siap sepenuhnya pada tahun 1617.Sedikit info tentang Sultan Ahmet 1, baginda adalah Sultan Uthmaniyyah yang ke 14 dan memegang tahta selama 14 tahun sebelum meninggal dunia sewaktu berusia 28 tahun. Sewaktu umur baginda 19 tahun, beliau telah mengarahkan Mehmet Aga untuk membina Masjid tersebut dan baginda sendiri bersama terlibat dalam proses pembinaan masjid.


        Pembinaan masjid telah dilaksanakan oleh pelajar Mimar Sinan yang bernama Sedefkar Mehmet Aga dibawah selian Mimar Sinan sendiri. Selepas Mimar Sinan meninggal dunia Mehmet Aga diangkat sebagai ketua arkitek untuk kerajaan Uthmaniyyah. Sejurus dilantik sebagai ketua arkitek, tugasan pertama beliau adalah melaksanakan restorasi keatas Kaaba dan talang kaabah. 
      
  Fungsi masjid di zaman kerajaan Uthmaniyyah tidak hanya tertakluk pada masjid sebagai pusat beribadah tetapi masjid yang dibina dilengkapi pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan terdapat diperkarangan kompleks masjid termasuk hospital, madrasah, sekolah menengah dan rendah, pasar serta makam diraja. Selain itu, sebuah bilik disediakan untuk pakar astronomi yang dipanggil muvakkithane (rumah masa) tempat untuk menentukan waktu solat serta perkiraan kalendar Islam. 


antara pintu yang terdapat di masjid 

                                        



 Pandangan dalam masjid Sultan Ahmed





penulis bersama sahabat 

perkarangan masjid 

penulis bergambar di hadapan masjid 

gambaran masjid biru dari taman di antara Masjid dan Aya Sofia


nota kaki: Sungguh setiap binaan masjid di Turki ini dipengaruhi seni bina agung gurunya iaitu Mimar Sinan. Ini dapat dilihat pada reka bentuk dan penggunaan marmar beserta abstrak lukisan yang digunakan untuk menghiasi reka dalaman masjid. Masjid ini juga adalah tempat yang paling saya suka untuk menenangkan fikiran disaat kegusaran. Sejauh-jauh Umraniye saya sanggup merentas bosphorus ke tempat ini.

Cumhuriyet Bayrami 91 yil

Bismillahirahmanirrahim 

       
     Alhamdulillah wa syukurillah diberikan peluang lagi buat saya mengemaskini blog saya dan mohon doa para pembaca supaya sentiasa istiqomah dalam mengasah ketajaman jari dan minda dalam menulis. Pada 29 Oktober yang lepas telah masuk tahun ke 91 penubuhan Republik Turki dan juga dari tarikh itu jugalah menjadi pengakhiran Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Mulanya saya berasa sangat berat hati sama ada ingin menyambut perayaan tersebut atau hanya menikmati hari cuti selama dua hari yang diberikan oleh pihak Universiti. Sungguh saya memilih option kedua apabila sehari sebelum sambutan telah berlaku kejadian lombong arang batu runtuh di bahagian Anatolia Turki yang sehingga ini dilaporkan kesemua 18 pelombong masih terperangkap di bawah runtuhan. baca secara lanjut di latest news on the incident in Anatolia.

    Berbalik kepada kisah penubuhan negara Republik Turki, President pertama merangkap pemimpin mereka yang bertanggungjawab membuka Turki baru adalah Mustafa Kamal Atartuk. Mungkin dari sisi yang lain kita akan dapat melihat keburukan beliau lebih dari kebaikan tapi dari sudut duniawi beliau telah berjaya membuat perubahan yang membawa kepada tergugatnya iman isi bumi di tanah Uthmaniyyah. Sungguh sekiranya perkara ini tidak berlaku maka kerajaan Islam akan terus berkembang dan kuat. Selepas pengambil kuasaan berlaku terhadap Sultan yang terakhir, saat itu juga menjadi saksi kepada pembentukan negara bangsa di serata dunia serta kerakusan kuasa dunia membahagikan negara Islam sehingga sekecil-kecil negara kerana kuasa. 

Sultan terakhir  

1 November 1922, menjadi saksi pemansuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi titik permulaan kepada penubuhan republik pada tahun seterusnya. Kumpulan anak muda yang di gelar Young Turk meluaskan sayap dan mengidentifikasi diri sebagai penyelamat bangsa dan rakyat Turki. Diketuai oleh Mantan President pertama Turkey, Mustapha Kamal Atarturk. Seterusnya Turki telah melalui fasa permodenan dan perubahan dan selama 91 tahun banyak perubahan telah berlaku secara lahiriyyah dan batiniyyah. Sesungguhnya Allah maha tahu apa yang berlaku kepada rakyat Turki sepanjang berlansungnya transisi penubuhan Nation State aka Republic.

Risalah An Nur penyelamat akidah rakyat Turki 

    Setelah berlaku kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah beberapa perkara besar yang berlaku di Turki termasuk pengasingan agama dari kehidupan seharian. Dalam usaha membawa bangsa ke depan dan mengubah mentaliti rakyat Turki secara kesuluruhan segala bagai aktiviti bersifat rohani telah dihenti dan diharamkan. Justeru, majoriti dari ummat Islam Turki tergugat iman dan amal disebabkan fenomena ini. Larangan pemakaian tudung, penukaran azan, larangan solat secara berjemaah dan sebagainya di perkenalkan. Ini kerana mereka tidak mahu penglibatan secara lansung agama kerana pada hemat pejuangan mereka semua yang dilaksanakan itu adalah membazir masa dan amalan kerajaan Uthmaniyyah.

  Di saat iman rakyat Turki di hujung tanduk datang seorang Ulama yang berdiri teguh mempertahankan akidah Ummat Islam Turki. Hampir sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan di penjara dek kerana kegusaran pihak berkuasa dengan keimanan beliau. Nama beliau adalah Said Nursi. Ulama terkenal dunia Uthmaniyyah serta dunia Islam. Beliau terkenal dengan penghasilan risalah an Nur yang digunakan sebagai pedoman dan panduan dalam seharian.




Turki Kini 

 Kebangkitan semula Islam di bumi ini memberi signifikasi bahawa negara ini bakal menjadi pencetus semangat kebangkitan empayar Islam seperti yang berlaku selama ratusan tahun sebelumnya. Sesungguhnya dengan kepimpinan baru dibawah seliaan Reccip Tayyip Erdogan dapat memberi seribu satu makna dalam erti Republik dan terminogi Yeni Turkiye yang diwar warkan.

Tuesday, 23 December 2014

3 bulan genap

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam memulakan bicara perlulah dengan kalimah suci,
Dalam memulakan langkah perlulah dengan kalimah suci
Dalam memulakan hari perlulah dengan kalimah suci.
Pokoknya segala yang terbit dari hati, gerak oleh pancaindera perlu dialirkan dengan kalimah indah dari sang Pencipta.
Alhamdulillah wa syukurillah kembali semula berjaya menitip dan membasahkan pena yang tergantung sekian lama dan hanya digubah ayat di minda.

Selanjut masuk ke bulan 3 di Istanbul, sehari berlalu seakan sebulan, seminggu bagai setahun, sebulan bagai 100 hari. Setiap hari dipenuhi dengan kehidupan yang dulu didalam mimpi kini beransur realiti, Apalah erti menjadi diri sekiranya tidak dibawa menapak menggembur makna hidup berbakti dan memberi.
Kalau hanya diakal memikirkan salah dari betul, jawapan dari soalan, depan atau belakang lalu dimana arah sebenar langkah dibawa.
Soalan buat diri yang masih bergerak mencari, otak berfikir menghadami dan hati merasa makna.