-gambar hiasan penuh erti-
Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah hampir 3 bulan blog ini ditinggalkan tanpa coretan. Kali ini saya kembali menulis untuk memenuhkan blog ini untuk kesekian kalinya. Apa mungkin perlu dikumpul cukup-cukup kekuatan baru bisa menulis. Dalam masa 3 bulan yang berlalu, hidupku penuh dengan agenda yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Terkadang saya ketawa, menangis, tersenyum, termarah, terdiam dan banyak lagi emosi dan rasional pada diri terserlah. Bulan yang paling meninggalkan seribu satu kenangan buatku jatuh pada bulan akhir September dan keseluruhan bulan Oktober. Sukar untuk diungkap dan ditaip perasaan dan rasa tatkala segalanya berlaku terlampau pantas sampai tak terkejar di buatnya. Ada sahaja rencana Allah buatku dan dalam tempoh itu 1001 perkara Allah berikan padaku untuk diajar dan untuk disedari yang saya hanya manusia yang tidak sempurna dan perlukan Allah untuk hampir kepada kesempurnaan.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)
Ayat di atas ini menyatakan tentang pentingnya manusia bersabar. Allah teelah menjanjikan yang terbaik buat mereka yang bersabar. tetapi terkadang kita manusia terlupa peranan kita, mementingkan keegoan sampai terlupa untuk membezakan langit dan tanah. Saya percaya setiap satu ketentuan Allah itu punya hikmah yang terbaik buat setiap ciptaanNya. Bak kata kakak usrah saya, Kalau kita habis sabar, sambung sabar lagi kerana sabar itu tiada noktah kecuali pada orang yang fikir dia bisa meletakkan noktah dan limit pada kesabaran. Perkara yang perlu kita amati dan renung semula adalah apabila kita sentiasa fikir kita mahu hilang sabar dan kecewa, fikirlah bagaimana dengan Allah? Allah itu tidak sabarkah ? karna Allah perlu menghadapi lebih ramai hamba-hambanya dan kita ini hanya 1 dari infinity ciptaanNya tetapi Allah bersabar dengan setiap apa yang kita lakukan dan Allah itu murka karna Dia punya hak untuk murka.
Kalau diikutkan hati dan emosi mahu sahaja berkurung, berkabung, meroyan, beremo-emoan 24 jam tapi semua tu untuk apa? sekadar menghilangkan rasa dukacita dek kerana hajat tak sampai.. Itu sungguh tidak patut. Mula blame sana sini. Semua tak kena, tanpa sedar dimana perasaan tidak puas itu hadir. Apakah kita menyalahkan takdir dan Allah sedangkan tidak direfleksikan pada diri sendiri. Pasti sahaja sesiapa hamba yang lemah sepertiku akan buat perkara yang sama tetapi itu bukan segalanya kerana Allah ada perancangan lain buat diriku. Sungguh saya bersyukur diberi keluarga, dan sahabat yang memberi sokongan tanpa henti. Walaupun sedih tak terkira saat tidak mendapat apa dihajati tetapi berkat Allah memberikan mereka sebagai pengganti dan penyeri pada hidup ini.
Teringat saya pada kisah Rasulullah SAW;
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.
Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda bermaksud: “Bertaqwalah kepada ALLAH dan bersabarlah.”
Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Dihalaunya Rasulullah, “Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku.” Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.
Namun, Rasulullah s.a.w. sedikit pun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w. Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.
Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf. “Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah.” Nabi s.a.w. tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama.” [Muttafaq 'alaih] -credit pada page ismaeropah.com-
Kisah Rasulullah adalah kisah yang terbaik untuk dijadikan tauladan. Sirahnya, Akhlaknya perlu diambil sebagai ikutan. Rasulullah juga manusia seperti kita tetapi kenapa kita tidak bisa mencontohi Beliau? Walaupun dijanjikan syurga oleh Allah, Rasulullah SAW tetap sujud dan beribadah tanpa henti. Kita pula dimana? Dimana letaknya hati kita di saat ini. Apa nawaitu kita untuk keesokan hari. Masihkah dengan sikap yang lama atau langkah ke hadapan dengan harapan baru?
Saya berharap akan tiba waktunya saya mencoret kisah suka duka 3 bulan yang ditempuh atau mungkin jika tidak mampu biarkan sahaja menjadi kenangan yang terindah buat diri saya. Mohon doa dari semua dan doa saya sentiasa mengiringi kalian. Minggu mendatang harapnyakan memberi sinar dalam hidup :)
-mengimpikan melihat bintang di sian hari, sedangkan diwaktu malam tidak ditatapi-
~doa dalam hati~
No comments:
Post a Comment