Kebelakangan ini diri ini semakin sibuk dengan kelas, tugasan dari pensyarah serta program terdekat. Tetapi setiap kali terasa sibuk, tentu ada sahaja perkara yang berlaku yang memberi makna dan pengajaran. Semalam diri ini ke booth SRC di centre ketika sedang asyik membaca laporan-laporan program mereka serta artikel yang terdapat di dinding booth tersebut saya dipertemukan dengan sesuatu yang membawa keinsafan pada diri ini sebagai manusia.
Semasa membaca artikel diri ini terasa seperti ada benda atau makhluk sedang meniti di cermin mata, lantas diri ini mengeluarkan cermin mata yang terlekat di telinga.. Ternyata haiwan tersebut adalah semut. Pada mulanya diri ini ingat hanya seekor sahaja semut itu tetapi apabila di letakkan di atas banner supaya dia boleh bergerak mungkin pulang ke sarang terlihat seperti semut tersebut mengangkat sesuatu.. Aq amati dengan baik semut itu rupa-rupanya ia sedang mengangkat sahabatnya yang sedang tinggal nyawa-nyawa ikan...
Sungguh di situ, hatiku terus rasa tersentuh. Betapa sahabatnya sanggup membawanya pulang tidak membiarkannya mati sendirian. Sahabat tersebut juga sanggup mengangkat sahabatnya itu, tidak diseret kerana sayangnya semut itu pada sahabatnya. Sungguh haiwan yang kecil itu mampu menyentuh hati manusia yang jauh lagi besar darinya.
Dari peristiwa itu banyak yang daku pelajari. Erti Persahabatan sebenar. Sungguh mungkinkah kita manusia itu bisa mencontohi semut itu. yang sangat setia pada persahabatan, sentiasa bersama susah dan senang? Moga Allah jadikan aq hambanya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat persahabatan dan tidak melupakan sahabat di waktu susah dan sentiasa bersama hingga akhir waktu saat Kau memanggilku pulang. Semut makhluk Allah juga boleh lakukan kebaikkan sesama sendiri. Kita hamba Allah yang diangkat sebagai Khalifah di muka bumi bila agaknya kita akan dapat menjadi tauladan seperti semut yang memberi pengajaran pada diri ini ?
nota kaki: sahabat selamanya .