Pages

Sunday 11 January 2015

Turkiye Burslari @ Biasiswa Turki (part 1)

Bismillahirahmanirrahim

          Alhamdulillah wa syukurillah hari ini saya beroleh peluang dan ruang untuk mengarang blogpost lagi. InshaAllah hari ini saya akan berkongsi mengenai cara untuk memohon biasiswa Kerajaan Turki. Sebelum itu izinkan saya menerangkan serba sedikit latar belakang biasiswa ini.


Biasiswa Turki 
 Biasiswa ini dibuka untuk pelajar antarabangsa dan tempatan sejak beberapa tahun yang lalu menawarkan beberapa jenis biasiswa mengikut pengajian dan tahap pembelajaran. Biasiswa ini berada di bawah Pejabat Perdana Menteri dan Hubungan Luar Turki. Proses pemohonan biasiswa ini adalah seperti permohonan biasiswa yang lain. Permohonan selalunya dibuka pada awal tahun untuk ketiga-tiga tahap pengajian. Seterusnya, dari segi keperluan permohonan boleh di rujuk pada 'turkiyeburslari.gov.tr'. 

Pengalaman diri 
  Semasa permohonan biasiswa ini dibuka, saya berada di semester terakhir pengajian Sarjana Muda di University Islam Antarabangsa Malaysia. Saya dan beberapa orang sahabat tahu mengenai tawaran ini melalui perkongsian facebook dan carian di internet. Saya menjumpai beberapa tawaran biasiswa seperti biasiswa MARA (www.jpa.gov.my) dan biasiswa kerajaan Korea (http://www.niied.go.kr/).
  Persoalan utama bila memohon untuk biasiswa adalah apakah yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini? apakah pengajian yang ditawarkan? Apakah yang diberikan ? Bagaimana untuk memohon? Jawapan bagi persoalan tersebut adalah seperti dibawah :
- lawati laman web (www.turkiyeburslari.gov.tr)
- jenis biasiswa dan pengajian ada seperti lampiran gambar
- Syarat kelayakan dan lain- lain
page turkiye burslari 
-

jenis biasiswa yang ditawarkan 


peluang yang bakal diperoleh penerima biasiswa


guideline untuk permohonan





muka depan web page untuk permohonan





antara soalan yang perlu dijawab dalam borang permohonan
Untuk dokumen yang diperlukan :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Passport ( sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC 
3. Salinan keputusan SPM 
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan  

Peringkat Sarjana @ Master
1. Passport (sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan lagi)
2. IC
3. Salinan pengajian Sarjana Muda 
4. Salinan keputusan SPM 
5. Salinan recommendation letter dari lecturer (sebanyak 2)
6. Salinan IETS/TOEFL (sekiranya akan disambung dalam bahasa Inggeris, bagi pelajar UIA tidak diperlukan tetapi perlu dimohon dari UIA pengesahan pembelajaran dalam bahasa Inggeris)
#perlu di scan untuk dimasukkan secara online untuk permohonan 

Antara perkara penting ketika mengisi borang permohonan adalah :

Peringkat Sarjana Muda @ Degree
1. Maklumat peribadi 
2. Karangan esei mengenai mengapa memilih Turki, perancangan masa hadapan, mengapa memilih kursus yang dipilih dan apakah hubungan antara kursus tersebut dengan kelayakan terkini. 

Peringkat Sarjana @ Master 
1. Maklumat peribadi 
2. IC 
3. Tajuk thesis untuk pengajian master 
4. Ringkasan thesis 
4. Penglibatan kokurikulum @ luar bilik kuliyah 
5. Perancangan selepas tamat pengajian Master
6. Jenis bahasa yang diketahui 
7. Kelayakan lain 

Selepas selesai melaksanakan permohonan, kita cuma perlu tunggu untuk panggilan temuduga. Surat temuduga dihantar terus kepada email pemohon bagi yang melepasi saringan permohonan.

surat panggilan temuduga 
Semasa temuduga 

Sewaktu temuduga soalan yang ditanya lebih kurang dengan soalan yang ada di borang permohonan. Anda perlu menunjukkan sikap positive dan pro active bagi melayakkan diri untuk terpilih. Bagi saya pengalaman pertama ke temuduga sedemikian adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Mama saya temankan saya untuk temuduga tersebut dan itulah antara satu sebab saya bersemangat sewaktu temu duga. Pastikan anda semua telah bersedia untuk temuduga tersebut. Pemakaian kemas dan lengkap dengan informasi mengenai Turki dan pengajian yang ingin dimohon kerana mereka perlukan jawapan yang solid untuk melihat sejauh mana kesediaan dan kesungguhan anda untuk belajar di Turki. 


Keputusan permohonan
Bagi Sarjana muda keputusan akan dikeluarkan sebulan selepas temuduga dan bagi pengajian Master 2 ke 3 bulan selepas temuduga. Semua keputusan akan diberikan melalui email dan seriously saying everything is done online. Keep yourself online to be updated. Pengalaman saya ketika menerima keputusan adalah malam ramadhan ke 28 saya menerima keputusan melalui email pada mulanya saya agak terkejut dan kemudian membaca secara lansung untuk mendapatkan input serta langkah seterusnya untuk urusan dokumen persiapan ke Turki. 

Konklusi 
Tawaran biasiswa ini alhamdulillah sepanjang berada disini adalah sangat bermanfaat. Antara perkara yang disediakan bagi penerima biasiswa ini adalah :
- Ticket kapal terbang ke Turki 
- Setahun pengajian bahasa Turki 
- duit poket ( mengikut tahap pengajian)
- tempat tinggal (dormitory) 
- perlindungan Insurans Kesihatan 
dan banyak lagi kemudahan dan peluang yang diperoleh haruslah digunakan sehabis baik. 


nota kaki : kalau bermimpi biar sampai ke bintang, tapi perlu diingat perlu direalisasikan bukan hanya sebagai angan. 

-inshaAllah akan ada sambungan untuk urusan ke Turki dan sesudah sampai di Turki 

29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hai. Kelas bahasa turki setahun tu kat msia ke masa kat turki? And interview bulan 4, so fly bulan berapa? Boleh tak balas kat email sy nurhaziqahm1234@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.
      Kelas bahasa turkey di Turkey.
      Dalam bulan 9 inshaAllah akan fly.

      Delete
  3. Salam akak.
    I applied for this scholarship and during ur time how long does it take for them to email the interview letter after the deadline ? Jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      During my time it's around a month after the closing date.
      SDorry for the late reply.

      Delete
  4. Assalamualaikum sister. I just applied for a scholarship under turki burslari for undergraduates. If it's possible , can I contact you because I want to know further about the studying condition there. I hope you would kindly reply my to my email sumaiyah.azmi@gmail.com . I have a few more questions and I think you are the right person to ask since you studied there. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu.
      you can email me at nuramirahshahrin@gmail.com.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Akk. Saya nak mintak email akk. Ade beberapa soalan sy nak tanya akk. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akak, boleh tahu apa syarat nk mhn turki burslary tu?

      Delete
    2. salam akak, boleh tahu apa syarat nk mhn turki burslary tu?

      Delete
  6. Salam akak saya ade tinggalkan beberapa persoalan di email akak. harap dpt bantu saya. Tks

    ReplyDelete
  7. Akak,saya dpt interview tu,tapi..Dokumen2 kita kene translatekan ke??

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum akak, sy dpt foundation uia utk kos allied health sc and i interested nak sambung blajar kat turki. adakah sy perlu amek asasi dulu? kalau uia asasi sy 2 tahun sbb sy tade basic arab. sy ada dpt matrik jgk. matrik setahun. sy tak tahu nak pg yg mana satu.and how about the scholarship kat turki?

    ReplyDelete
  9. hello hope you are doing fine … can you please provide info regarding selection criteria after interview? also what are the chances for masters in business administration especially marketing? i ask this because here in Pakistan i have come across very few Masters people who have been interviewed for business field let alone marketing.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    I also sent some questions about studying in Turkey to your e-mail.

    In need of a reply, Thank you dear.

    ReplyDelete
  11. Salam, sy ada beberapa soalan. First sy pelajar sem 6 sesi dec 2015 dan akan tamat pengajian di bulan 6 so sy tidak akan mempunyai transkrip diploma semasa memohon. Adakah sy masih layak memohon? Tq sis sharing yg berguna!

    ReplyDelete
  12. sis, interview di mana? di turkey/malaysia?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum akak. saya nak apply scholarship ni. saya skarang tengah buat diploma nak apply untuk degree. kena ada english certificate ke nak masukkan sekali masa apply online? boleh tak reply kat email saya (anisafrina1010@gmail.com) terima kasih :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, saya sedang mengisi biasiswa yang sama untuk tawaran pengajian ijazah sarjana muda (degree) pada sesi 16/17. sekarang saya berada di semester akhir dan akan tamat pada awal june. mengikut syarat yang telah dinyatakan, saya memang layak memohon dan memenuhi semua syarat tersebut. tetapi masalah saya sekarang ni saya tak boleh nak isi semua butiran peribadi yang mana sekaligus tidak membolehkan saya untuk megisi butiran seterusnya. mengapa ya? adakah masalah saya ini juga perlaku pada permohonan untuk sesi pengajian tahun lepas.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kalau boleh mintak jasa baik untuk balas di e-mail saya,
      sabaniadnan1601@gmail.com
      terima kasih :)

      Delete
  15. assalmualaikum cik/puan amirah
    sy skrg merupakan pljr thn akhir degree,jd sy nak tanya bole ke apply biasiswa ini untuk pengajian master?ke kena tunggu hbs degree dulu baru bole apply?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak...
    saya baru habis SPM dan dah dapat result...
    tapi dalam sistem online tiada SPM di edu qualification...
    adakah saya patut tinggalkan kosong sahaja?
    dan reference letter memang ambil dari sekolah?
    boleh x saya nak tengok contoh surat rujukan kak?

    mohon balas di emel saya> mochagirl_shana@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. saya nak tanya tentang pilihan yang hendak dipilih jika kita mohon pakai result spm ?
    10 , 20 ,5 , 100 , ? minta penjelasan

    farizhaiqalruslan@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Akak klu lps spm tu yg bahagian education nk pilih yg mne satu i mean grade type.

    ReplyDelete
  19. salam kak..lepasan stam boleh mohon ke? atau kena guna sijil spm juga?

    ReplyDelete