Pages

Tuesday, 14 March 2023

Tak Seindah Wajah - Dayang Nur Faizah

 









Ku sangka aur di pingir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


nota kaki : lagu ini telah diulang dengar selama 2 bulan. Dalam serta puitis maksud tersirat dan tersurat. Lagu ini ditujukan buat kamu. Kamu yang menyakitkan hati saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas rasa ini. 

Saturday, 31 December 2022

2022

 

Bismillahirahmanirahim 


2022, Tahun ini adalah tahun yang bagi saya paling panjang sekali saya rasakan sepanjang hidup saya. 

Januari 2022 - Saya tinggalkan bumi Istanbul untuk kembali ke KL untuk hidup baru 

Februari 2022 - Interview kerja kali 3 dan persiapan majlis perkahwinan 

Mac 2022 - Saya mendirikan rumah tangga dengan dia yang saya sangat cintai seikhlas hati+mula kerja formal pertama 

April 2022 - Cuba menyesuaikan diri dalam hidup baru ( kahwin,kerja,belajar)

May 2022 - Peperiksaan PhD 

Jun 2022 - Ditugaskan untuk iring delegasi former Minister 

Julai 2022 - hari lahir 31

Ogos 2022 - Cerai (pengakhiran jodoh) + sambutan 100 tahun victory day Türkiye+lawatan rasmi Menteri Luar Türkiye

September 2022 - Lawatan rasmi Menteri Tenaga dan Sumber Asli Türkiye+Spartan Stadium Race JB

Oktober 2022 - Iring delegasi tetamu Raja Permaisuri Agong dan turut serta program bersama Permaisuri + sambutan 99 tahun republic day Türkiye 

November 2022 - Kerja luar negeri pertama 

December 2022 - Reflection time+plan and re-ME


Ada kala rasa lelah dan juga rasa payah tetapi setiap yang kita rancang itu akan dan tidak akan berlaku. Semua itu bergantung kepada ALLAH. Moga tahun 2023 menjadi tahun untuk bangkit, bersemangat dan menjadi lebih baik. Terima kasih 2022 untuk tahun yang memberi semua rasa, pengalaman dan rahmat dalam satu tahun yang panjang. Segala sesuatu itu adalah kurniaan dari Allah dan akhir matlamat kita adalah berjumpaNya.  



Dengan lafaz bismillah. Assalamualaikum 2023.