Pages

Sunday, 28 June 2020

Bagai Lagu Indah - Adzrin





Dan jangan pernah kau bayangkan
Duniamu tanpanya
Cinta tetap cinta
Tapi harus kau buktikan
Bahagiakan peneman hati
Seluruh hidupmu
Buat dia tersenyum
Bagai lagu indah




Saturday, 27 June 2020

Selepas Sebulan


Bismillahirahmanirahim




Ahhhhcum. Huk huk huk. Berhabuk sungguh blog saya ini. Hampir sebulan lamanya saya tidak berkesempatan untuk menulis. Idea banyak tetapi komitmen banyak dicampur dengan sedikit rasa malas untuk buka laptop saya. Sejak semester berakhir saya jarang sekali nak buka laptop. Selalu bila buka laptop untuk buat paper dan reading plus program. Lebih kepada "profesional life and serious matters". Lagipun telefon pintar saya cukup lengkap untuk saya gunakan melayari instagram dan facebook. Tambahan pula saya telah mengambil keputusan untuk "holiday" dan berkhidmat sepenuhnya untuk mama yang tersayang. 

Sepanjang sebulan saya tidak menulis pasti banyak perkara yang berlaku. Banyaknya terasa seperti setahun walaupun hanya sebulan. Masa dipenuhi untuk diri dan keluarga serta untuk yang tersayang. PKP sekarang diteruskan dengan kelonggaran sedikit yang memberi ruang untuk semua rakyat Malaysia bernafas, bersilaturahim dan bersatu semula bagi yang terpisah berbulan lamanya. Semua yang berlaku ini ada hikmahnya bukan? Baru kita menghargai apa yang didepan mata. Baru kita menghargai nikmat sebuah kebebasan. Baru kita menghargai kurniaan yang Maha Esa. Antara aktiviti yang saya jalankan setelah PKPP adalah membawa mama balik ke kampung. Boleh dikatakan hampir setiap minggu saya pulang ke Melaka. Mama dalam perancangan mencantikkan rumah dan mengemas kerana mama mahu pulang dan duduk di rumah yang dibeli bersama baba. Iyalah dah hampir 25 tahun umur rumahnya tapi hanya kami buat tempat berteduh seketika. 

Selain itu, saya dalam proses melaksanakan sesuatu. Sesuatu yang saya fikir besar jugalah tapi tak mudah. Nanti dah berjaya saya janji untuk kongsi! Harap-harap baik hendaknya.

Jumpa lagi nanti. Saat saya ada idea nak menulis. Moga akan sampai semangat itu. Doakan ye.

nota kaki : menulis itu perlu kemahiran. Untuk dapat kemahiran perlu diasah. Macam mata pedang.