Pages

Tuesday, 22 October 2019

Jalan Lurus atau Berliku?


Bismillahirahmanirahim.



Lurus, bersimpang siur, bengkang bengkok, putus-putus dan pelbagai lagi adalah gelar yang boleh diberi pada jalan. Setiap dari kita pasti akan melalui pelbagai jenis jalan dengan gelar yang disebutkan dalam hidup. Kita misalkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka. Ada beberapa yang jalan yang boleh dilalui seperti jalan kampung melalui pedas linggi ataupun lebuh raya melalui simpang empat atau ayer keroh. Anda yang memilih kerana setiap dari kita sudah pasti tahu destinasi akhir yang mahu dituju di Melaka. Begitu juga dengan kehidupan. Setiap dari kita ada matlamat hidup dan sudah pasti kita juga telah merangka pengakhiran hidup kita. Dengan erti kata lain cita yang kita mahu lengkapi. Dalam mencapai cita itu tidak mungkin jalannnya atau cara itu lurus tanpa sebarang rintangan. 

Saya bagi contoh dalam pelajaran. Setiap dari kita dari awal kehidupan telah ditentukan untuk belajar di tadika kemudian sekolah rendah dan terus ke sekolah menengah. Selepas melawati tangga aras pendidikan yang wajib kita diberi pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi (Universiti) atau bekerja selepas habis sekolah menengah. Sudah pasti setiap kita seperti saya kata tadi ada matlamat cuma jalannya berbeza. Mereka yang merasakan matlamat yang dituju itu tidak memerlukan tangga pengajian tinggi akan terus bekerja dalam mencapai matlamat. Sebaliknya ada juga mereka yang rasa perlunya aras pengajian tinggi untuk merealisasikan matlamat mereka dan memilih untuk melanjutkan pengajian. Jadi anda rasa siapa yang memilih jalan yang benar? Adakah yang tidak melanjutkan pelajaran itu tidak mengambil jalan berliku dan lurus sahaja jalan menuju matlamat? 

Bagi saya kedua-dua mereka memilih jalan yang benar dan terbaik untuk mereka. Dalam mencapai matlamat pasti setiap orang itu akan menghadapi dugaan dan cabaran yang tersendiri. Tempoh perjalanan itu akan menyaksikan pelbagai jenis jalan yang perlu ditempuh dan setiap itu ada rintangan dan kemanisan. Saya misalkan pada pengalaman saya, saya selepas SPM mengambil keputusan meneruskan perjalanan hidup ke menara gading dalam bidang sejarah seusai laras pertama terus ke tingkat kedua master dan alhamdulillah sekarang dalam laras ketiga iaitu Doktor Falsafah. Dalam masa untuk sampai ke laras kini banyak yang saya hadap dan bukan garisan lurus yang kebanyakan mereka yang tidak bersama saya lihat. Kekecewaan, kehilangan, kesedihan mengiringi proses ini dan sentiasa jalannya tidak lurus. Akan tetapi dalam susah itu ada senang. Seperti sabda Allah dalam surah Al Insyirah ayat 6 dan 7. Dengan setiap kesusahan ada kesenangan dan diulang lagi diayat seterusnya dalam kesusahan ada kesenangan.

Apa pula jalan yang dipilih oleh anda? Lurus atau berliku? Saya doakan yang mana sahaja yang dipilih moga diberi kemudahan. Setiap lalu dan kehidupan. Percaya pada diri dan teruskan apa yang mahu dilakukan. Good Luck :)





Sunday, 6 October 2019

Autumn 2019


Bismillahirahmanirahim 





Hujan mula turun dan dedaun di pohon sudah mula bertukar warnanya. Dari hijau ke warna emas kekuningan. Ini adalah petanda musim telah mula berubah. Musim yang punya tanda-tanda yang dinyatakan itu adalah musim luruh. Setiap kali saya pulang ke Istanbul, pastinya musim ini menyapa saya. Masih lagi teringat saat pertama kali menjejakkan kaki ke negara asing ini, pada ketika itu musim luruh sampai awal. Sungguh saya anak asia tenggara ini agak terkejut dengan perubahan cuaca yang sangat drastik. Dimasa ini pasti kita akan dikejutkan dengan 4 keadaan cuaca dalam satu hari. panas seperti musim panas, sejuk seperti musim sejuk, nyaman seperti musim bunga dan lembab seperti musim luruh. Terkadang ada yang kata Istanbul itu macam perempuan. Cuacanya berubah tak tentu. 

Musim luruh kali ini masuk setelah sebulan saya pulang. Sebelum sampai musim ini saya buat kali pertamanya dalam sejarah hidup merasa gempa bumi. Ya GEMPA BUMI. Selalunya saya hanya lihat dalam berita tentang fenomena alam ini akan tetapi buat kesekian kalinya Allah berikan izin merasa apa itu gempa. Pertama kalinya adalah pabila Istanbul dikejutkan dengan 4.6 di skala richter. Rasanya itu seperti disentap di bahu. Selang hari kedua, kami dikejutkan dengan 5.8 . Pada waktu ini gerun sekali rasa dihati. Kerana baru yang besar ini bergegar isi rumah. Ramai dari penghuni disisi rumah serta dapur Universiti bertentang rumahku keluar dari bangunan. Saat itu juga saya teringat ada satu artikel yang dikeluarkan akhbar tempatan dua bulan lalu yang menyatakan akan ada gempa besar yang akan berlaku di Istanbul. Seusai rasa itu saya terus menghubungi mama untuk memaklumkan tentang perkara tersebut. Bukan apa dengan mendengar suara mama saya pasti akan tenang. 

Di musim ini juga saya mula memasuki kuliah untuk pengajian doktor falsafah dalam bidang Sejarah di Universiti Ibn Haldun. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah kerana dengan izinnya saya diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat ini. Walau bagaimanapun saya menghadap beberapa kesukaran disebabkan Universiti sebelumnya dan pihak immigresen. Mohon doa yang membaca blog ini agar lancar hendaknya. Kali ini pengajian saya lebih fokus kepada pemahaman tentang Sejarah Uthmaniyyah secara lebih mendalam dan saya harap untuk menyambung kajian mengikut yang lepas ( sewaktu Sarjana). 

Dalam pada masa yang sama, pengajian diperingkat aras tinggi ini ada baik dan cabarannya. Saya rasakan seperti restart semula pada pengajian kali ini dan kerdil sekali didalam setiap kelas yang disertai. Benarlah kata-kata yang pernah saya dengar dari senior, lagi tinggi kita mengaji/belajar lagi banyak yang kita tidak tahu. Seperti lautan, ilmu kita yang ada boleh diibaratkan seperti buih atau titisan sahaja dari keseluruhan lautan. Allahuakbar Kaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi. Akan tetapi saya merasakan setiap kelas yang saya masuk itu memberi banyak ilmu baru dan pensyarah yang memberi ilmu itu SubhanAllah adalah kiriman Tuhan yang terindah buat diri ini. Dek kerana saya ini yang satu si gadis melayu yang sentiasa berbaju kurung di dalam kelas, sering jadi tumpuan guru untuk soalan dan sayang sekali belum boleh memberikan respon. Minggu ini matlamat saya satu. Belajar dengan lebih sungguh dan berpartisipasi dengan lebih aktif di kelas. 


Meskipun musim berubah dan cuaca semakin sejuk, ini bukanlah asbab untuk menjadi malas dek kerana cuaca yang gloomy. Akan tetapi jadilah kita seperti unggun api yang dibakar yang memberi kehangatan kepada musim ini. Seperti mana daun bertukar warna dan kemudian akan gugur seperti itulah juga kita. Masa itu bergerak pantas dan kita semestinya dan seharusnya melakukan sehabis baik dalam memanfaatkan ruang dan masa yang ada. Saya berharap saya akan mampu bersemangat dan memberi semangat kepada orang di luar sana. Kita hanya hidup sekali dan tidak akan ada button rewind atau repeat, majulah kehadapan, jangan malas dan membantulah selagi mampu. Moga Allah akan memberi ganjaran sebaik mungkin, InshaAllah. 


kampus Universiti baru



dari meja belajar saya
Capa Sehremini 
Istanbul, Turki
2256pm