Pages

Saturday, 4 September 2010

Mukadimmah

Assalamualaikum ... 

Alhamdulillahi robbil alamin .... Syukur kepada mu Ya Allah dan Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW .... 

Di bulan yang mulia ini yang penuh dengan keberkatan telah terbuka hati ini untuk membuka blog baru untuk menjana pemikiran secara kritis dan berlandaskan kepada agama Islam insyaAllah .. Dengan pembukaan blog baru ini saya berharap akan dapat menulis dengan lebih baik bukan hanya mengikut kata hati tetapi dengan mengunakan juga InsyaAllah logik akal dan juga berlandaskan kata - kata yang baik serta diselit bukti - bukti yang sahih . 

Saya juga ingin jadikan blog ini tempat perkongsian ilmu dan wacana kepada pemikiran ... Ingin juga disini lebih mengolah khusus berkaitan dengan Sejarah kerana penulis akan InsyaAllah pembelajaran dalam pengkhususan Sejarah dan Ketamadunan ..Selain itu , saya punya impian dan angan - angan , saya pasti jika kita punya angan - angan ia akan jadi kenyataan sekiranya berusaha untuk mengapai .  Memetik kata - kata Albert Einstein :Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world." dari kata - kata ini saya pasti pabila kita mempunyai impian pasti akan kita peroleh .. Bukan hanya dengan berusaha kerana tanpa berdoa dan berserah kepadanya kita takkan tahu akan pastikah kita terima kerana sebaiknya kita menerima keberkatan daripada Allah . Berkat Allah itu penting dengan berkat segala yang kita lakukan insyaAllah ada hikmah dan kebaikan . 


Kini izinkan saya untuk memperkenalkan diri ... Nama diberi oleh kedua ibu bapa yang saya sayangi ialah Nuramirah bt Shahrin .. Nur itu maksudnya cahaya , amirah itu pemimpin .. Digabungkan bermaksud cahaya pemimpin bagi wanita .. Diharap nama itu dapat memberi maksud pada pemilik nya ... Dilahirkan pada tanggal 12 Julai 1991 di Pusat Rwatan Islam jalan Ipoh pada hari jumaat .. Pelajaran pertama di peringkat tadika di Villamaria , Bukit Damansara seterusnya ke Tadika CHIM .. Peringkat sekolah rendah di SRK DJ (1)dan SRA Kg Kayu Ara Damansara , Menengah di SMK DJ dan terus melanjutkan pelajaran di Pusat Asasi UIAM Nilai dalam Asasi Sains Kemanusiaan .. Dan kini Alhamdulillah baru memulakan pengajian di Kampus utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan , InsyaAllah pengkhususan Sejarah dan Ketamadunan ... Penggemar seni fotografi dan suka mencuba perkara baru ...


Saya suka melakukan kerja - kerja sosial dan boleh memberi bukan sahaja ilmu tetapi pengalaman . Bagi saya pengalaman itu penting dalam menghadapi kehidupan dan percayalah  pengalaman boleh mematangkan diri seseorang . Saya juga bergiat aktif dalam NGO antaranya Persatuan Kebangsaan  Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan juga Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) .. Dari sini banyak pengalaman di timba dan ingin lagi digali ... Tidak dilupa Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya yang menjadi agen permulaan diri ini ke persatuan - persatuan yang dinyatakan ... 


Cukup dahulu di sini yang penting isi - isi yang akan disampaikan di dalam blog ini pada hari yang mendatang .. Dalam pada menulis saya akan juga menyelitkan pengalaman diri serta pemahaman sendiri .. Saya hanya insan biasa kalau ada melakukan kesilapan harap dimaafkan .. 


Sebelum menutup mukadimmah ini ingin saya nyatakan betapa saya sayang kan kedua mama dan baba saya kerana tanpa mereka tiadalah saya dan mereka tidak saya lupakan setiap detik sekalipun .. Sungguh mungkin tidak dinyata atau diungkap tetapi jauh didasar hati hanya Allah yang tahu . dan yang pasti hanya Allah yang lebih mengetahui setiap hambanya ... 


Penutup di sini bukan pengakhiran segalanya ... Doakan saya agar saya bisa menulis dengan baik dan sentiasa mendapat rahmat darinya .... Moga segala yang baik datang dari Allah dan dan yang kurang datang dari kelemahan kita sebagai manusia ... 


Saya akhiri kata - kata ini dengan mutiara kata :



Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat

ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi 

Wassalam ... 

Nuramirah Shahrin 
My Beloved House 
12:41 am 
5/9/2010