Pages

Thursday 29 September 2011

hijrah - bahagian 1-


Bismillahirahmanirahim... 


Agak lama juga jari jemari ini tidak menekan keyboard untuk dicurahkan karya yang masih dalam proses percubaan.. Harapan yang baru dan azam yang baru sering kali di pahat dalam hati tika blog ini di 'update'. Alhamdulillah masih bernyawa dan di beri peluang ilahi untuk bernafas dan berbakti di buminya yang luas. 

Di saat diri ini sedang meng'update' mungkin sahabat-sahabat sedang lena di buai mimpi di katil masing-masing. Terkadang terfikir di mana letaknya kekuatan yang di cari di saat memerlukannya. Saat hati ingin bersedih pasti kegembiraan menghampiri. Itu semua kuasa tuhan bukan?



Tadi diri ini terlibat dengan penganjuran forum intelektual berjudul "tinta emas dan layar perak" . Panel yang dijemput sudah pasti menjadi tokoh yang memberi impak besar pada negara khususnya belia. Setiap gadis pasti ingin menjadi seperti beliau yang berhijrah dari satu kehidupan ke kehidupan yang mengubah hidupnya selamanya. Setiap penghijrahan itu ada cabaran dan setiap cabaran itu ada kegembiraan. 

Wardina Safiyyah adalah wanita yang saya nukilkan di atas. Mungkin permulaan hidup di mulakan dengan berkecimpung dalam bidang seni atau lebih dikenali layar perak. tidak semua bisa fahami di mana agaknya atau bila hijrah itu akan berlaku kerna semua itu ditakdir tuhan. Sungguh saya tabik pada sis Wardina kerna kekuatan beliau mengatasi segalanya. Bukan mudah untuk berubah tetapi kesungguhan dan keberanian untuk melakukan perubahan. Kalau kita mahu melangkah kepada kebaikan pasti penuh dugaan bukan, tetapi kalau kita ingin melakukan kejahatan(nauzubillah) mesti mudah.. Jadinya didalam kesusahan pasti ada kegembiraan.
InsyaAllah saya akan sambung menarikan jari di papan kunci di lain hari. Harap-harap agar kehidupan kita semua sentiasa diberkati yang maha Esa, Allah SWT .. InsyaAllah . ...

No comments:

Post a Comment