Pages

Wednesday 29 July 2015

TURKIYE BURSLARI @ PART 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



Assalamualaikum wbt. InshaAllah saya akan menyambung penulisan mengenai langkah – langkah selepas penerimaan tawaran biasiswa Kerajaan Turki. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah dipilih untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Turki. Saya sendiri berasa gembira dan dalam masa yang sama bertangungjawab untuk meneruskan pelajaran dengan bersungguh-sungguh kerana peluang tidak datang selalu.
Selepas para penerima biasiswa menerima surat tawaran dan Universiti adalah perlu bagi penerima menyelesaikan beberapa perkara penting sebelum menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa masing – masing. 
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan 
Bagi pelajar degree 
1. Sijil SPM 
2. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)
3. Surat berhenti sekolah 
4. Passport
5. Full medical check up 


Bagi pelajar Master/PHD
1. Sijil SPM (perlu disediakan dalam bahasa Inggeris) 
2. Full transkrip (bagi yang tiada sijil sarjana Muda)
3. Surat tamat pengajian Sarjana Muda 
4. Full transkrip Asasi/A level
5. Passport 
6. Surat cadangan/rujukan dari pensyarah 
7. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)
8. Surat perjanjian
9. Surat Tawaran biasiswa 
10. Full medical check up 



Setelah kesemua dokumen disediakan, para pelajar perlu menterjemah beberapa dokumen ke dalam bahasa Turki. Dokumen- dokumen tersebut adalah 
Bagi pelajar SPM 
1. Passport 
2. Sijil SPM 
3. Sijil berhenti sekolah 
4. Sijil GCE
5. Surat cadangan/rujukan guru 


Bagi pelajar Master/PHD
1. Sijil SPM (perlu disediakan dalam bahasa Inggeris) 
2. Full transkrip (bagi yang tiada sijil sarjana Muda)
3. Surat tamat pengajian Sarjana Muda 
4. Full transkrip Asasi/A level
5. Passport 
6. Surat cadangan/rujukan dari pensyarah 
7. Sijil GCE (Bahasa Inggeris)

Dalam pada masa yang sama beberapa dokumen perlu mendapatkan cop (pengesahan) daripada beberapa Kementerian. Kementerian dan dokumen tersebut adalah seperti di bawah :

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 
- Full transcript( transkripsi penuh)
- Full transcript Asasi 
- Surat pengesahan tamat pengajian

2. Kementerian Pendidikan Malaysia
- Sijil SPM 
- Sijil GCE
- Sijil tamat Sekolah 

3. Kementerian Luar Negara 
- Passport 
- Full transcript 
- Sijil SPM 
- Surat pengesahan tamat pengajian 


4. Klinik Kesihatan Putrajaya 
- Full medical report 

Setelah semua di cop dan dokumen telah di terjemah barulah urusan dengan embassy Turki boleh dilaksanakan. Ketika pergi menyelesaikan semua perkara diatas perlu dibawa original untuk di tunjukkan kepada semua pejabat dan membuat salinan yang mencukupi. Di Embassy Turki para penerima perlu mendapatkan cop dari embassy dan setiap cop ada bayaran yang perlu dibayar.  Setelah proses tandatangan perjanjian para penerima biasiswa perlu menguruskan visa pelajar dengan bayaran rm200 untuk tempoh 6 bulan. Visa ini diperlukan untuk kegunaan di Turki sementara menunggu proses membuat resident permit/ikamet selesai di sana. 

Contoh2 cop adalah seperti di bawah : 


Figure 1 Cop daripada kedutaan Turki


 Figure 2 Cop dari penterjemah diluluskan Embassy Turkey


Figure 3 Cop dari Kementerian Pendidikan Malaysia

Figure 4 cop dari klinik kesihatan Putrajaya

                                                                           

   Figure 5 Cop dari Kementerian Luar Negara




Beberapa perkara yang perlu diambil kira antaranya 
1. Borang untuk medical check up 
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp012013.pdf

http://www.moe.gov.my/pdf/MOHE/Health_Examination_Form.pdf

2. Terjemahan dokumen ke dalam bahasa Turki perlu dilakukan pada penterjemah yang dibenarkan/diterima oleh pihak Embassy 

3. Pastikan kesemua perkara telah siap sebelum ke Embassy sekiranya tidak mahu kecewa kerana ada dokumen yang tidak siap. 


Untuk urusan ticket, tempat tinggal dan institute bahasa akan diberikan dalam tempoh menuju kepada hari terbang ke Turki. Semoga dipermudahkan urusan menguruskan dokumen-dokumen. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam penulisan kali ini. 

-Jumpa di Turki!-




15 comments:

  1. As Salam,
    Nak tanye. Selamat ker travel alone di Istanbul? Saya nak ke sana atas urusan kerja tetapi extend a few more days untuk xplore Istanbul. I need more info about this city.
    Thanks in advance for your help!
    email : jalilah77@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.
      Selamat travel alone di Istanbul in fact sayapun kadang-kadang travel dari European side of Istanbul to Asian side of Istanbul waktu malam sendirian. Cuma kadang-kadang perlu cuba elakkan tempat yang sunyi dan have high crime rate je. But most of the places around is safe to travel.

      Delete
  2. Assalamualaikum akak, saya baru semester pertama dalam diploma pengajian islam, jadi bila saya perlu untuk mohon biasiswa ni, adakah waktu sem 5 nanti ataupun lepas graduation diploma? About sijil SPM, saya kurang jelas, memang kena guna sijil SPM ya? Bagaimana dengan GPA Diploma? Mohon pencerahan :) Merhaba! Ben Syam :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,anak makcik hendak mohon biasiswa kerajaan turkey ni,dari mana boleh kami dapatkan terjemahan sijil spm,dan lain kata di mana boleh kami sah kan sijil spm,mohon pencerahan,trimakasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ... sy nk tanya sikit pasal nk fill the form tuh , untuk maklumat rujukan tuh .. kita isi maklumat sekolah kita or maklumat parent kita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. assalamualaikum sis, dalam surat tawaran adakah dinyatakan kena pergi dapatkan cop kepada kementerian tertentu? sebab dalam surat saya cuma dinyatakan perlu translate dan pergi ke embassy turkey. lagi satu, kalau perlu dapatkan cop dari kementerian, salinan biasa atau yang telah di translate ya? tq in advance

    ReplyDelete
  6. salam sis, saya nak tanya, dekat entry ni sis senaraikan kena translate dokumen kepada bahasa turki, tapi untuk sijil spm, sijil berhenti sekolah dan sijil gce hanya translate kepada english sahaja ya?

    ReplyDelete
  7. Salam. Nak tanya yang buat pengesahan untuk medical form tu memang wajib kat klinik putrajara ke? Pasal saya buat checkup di hospital kerajaan dekat ngan rumah saya & ada pergi kat ministry of health untuk dapat diorang punya endorsement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. harap dah selesai semua urusannya. Setiap tahun sistem berbeza dan tahun ini mungkin ada cara baru untuk endorsement.

      Delete
  8. Klu lpsn spm yg kt bahagian education tu nk pilih yg mne ae?

    ReplyDelete
  9. akak xde program untuk bahasa turki ke

    ReplyDelete
  10. akak xde program untuk bahasa turki ke

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum, mak tanya sijil GCE tu nak dapatkan di mana ye? Terima Kasih

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum, mak tanya sijil GCE tu nak dapatkan di mana ye? Terima Kasih

    ReplyDelete