Pages

Wednesday 24 December 2014

Cumhuriyet Bayrami 91 yil

Bismillahirahmanirrahim 

       
     Alhamdulillah wa syukurillah diberikan peluang lagi buat saya mengemaskini blog saya dan mohon doa para pembaca supaya sentiasa istiqomah dalam mengasah ketajaman jari dan minda dalam menulis. Pada 29 Oktober yang lepas telah masuk tahun ke 91 penubuhan Republik Turki dan juga dari tarikh itu jugalah menjadi pengakhiran Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Mulanya saya berasa sangat berat hati sama ada ingin menyambut perayaan tersebut atau hanya menikmati hari cuti selama dua hari yang diberikan oleh pihak Universiti. Sungguh saya memilih option kedua apabila sehari sebelum sambutan telah berlaku kejadian lombong arang batu runtuh di bahagian Anatolia Turki yang sehingga ini dilaporkan kesemua 18 pelombong masih terperangkap di bawah runtuhan. baca secara lanjut di latest news on the incident in Anatolia.

    Berbalik kepada kisah penubuhan negara Republik Turki, President pertama merangkap pemimpin mereka yang bertanggungjawab membuka Turki baru adalah Mustafa Kamal Atartuk. Mungkin dari sisi yang lain kita akan dapat melihat keburukan beliau lebih dari kebaikan tapi dari sudut duniawi beliau telah berjaya membuat perubahan yang membawa kepada tergugatnya iman isi bumi di tanah Uthmaniyyah. Sungguh sekiranya perkara ini tidak berlaku maka kerajaan Islam akan terus berkembang dan kuat. Selepas pengambil kuasaan berlaku terhadap Sultan yang terakhir, saat itu juga menjadi saksi kepada pembentukan negara bangsa di serata dunia serta kerakusan kuasa dunia membahagikan negara Islam sehingga sekecil-kecil negara kerana kuasa. 

Sultan terakhir  

1 November 1922, menjadi saksi pemansuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi titik permulaan kepada penubuhan republik pada tahun seterusnya. Kumpulan anak muda yang di gelar Young Turk meluaskan sayap dan mengidentifikasi diri sebagai penyelamat bangsa dan rakyat Turki. Diketuai oleh Mantan President pertama Turkey, Mustapha Kamal Atarturk. Seterusnya Turki telah melalui fasa permodenan dan perubahan dan selama 91 tahun banyak perubahan telah berlaku secara lahiriyyah dan batiniyyah. Sesungguhnya Allah maha tahu apa yang berlaku kepada rakyat Turki sepanjang berlansungnya transisi penubuhan Nation State aka Republic.

Risalah An Nur penyelamat akidah rakyat Turki 

    Setelah berlaku kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah beberapa perkara besar yang berlaku di Turki termasuk pengasingan agama dari kehidupan seharian. Dalam usaha membawa bangsa ke depan dan mengubah mentaliti rakyat Turki secara kesuluruhan segala bagai aktiviti bersifat rohani telah dihenti dan diharamkan. Justeru, majoriti dari ummat Islam Turki tergugat iman dan amal disebabkan fenomena ini. Larangan pemakaian tudung, penukaran azan, larangan solat secara berjemaah dan sebagainya di perkenalkan. Ini kerana mereka tidak mahu penglibatan secara lansung agama kerana pada hemat pejuangan mereka semua yang dilaksanakan itu adalah membazir masa dan amalan kerajaan Uthmaniyyah.

  Di saat iman rakyat Turki di hujung tanduk datang seorang Ulama yang berdiri teguh mempertahankan akidah Ummat Islam Turki. Hampir sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan di penjara dek kerana kegusaran pihak berkuasa dengan keimanan beliau. Nama beliau adalah Said Nursi. Ulama terkenal dunia Uthmaniyyah serta dunia Islam. Beliau terkenal dengan penghasilan risalah an Nur yang digunakan sebagai pedoman dan panduan dalam seharian.




Turki Kini 

 Kebangkitan semula Islam di bumi ini memberi signifikasi bahawa negara ini bakal menjadi pencetus semangat kebangkitan empayar Islam seperti yang berlaku selama ratusan tahun sebelumnya. Sesungguhnya dengan kepimpinan baru dibawah seliaan Reccip Tayyip Erdogan dapat memberi seribu satu makna dalam erti Republik dan terminogi Yeni Turkiye yang diwar warkan.

No comments:

Post a Comment