Pages

Friday 5 October 2012

nukilan dari hati


Assalamualaikum... 

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Saya Sedih tidak penuhi kehendak hati, 
mahu sahaja marah, mahu sahaja benci, 
mahu sahaja menangis sepanjang hari, 
ya, 
hati kata mahu, 
tapi minda kata tidak. 

tapi... 
itu semuanya kisah kelmarin, 
kerna hari ini, 
aku mulai sedar dan minda mula waras dari emosi, 
aku mulai faham arti syukur, 
syukur aku kalah bermaruah, 
syukur aku masih berpegang pada prinsip, 
syukur aku tidak memfitnah orang lain, 
syukur keluarga menjadi penguat semangat diri, 
syukur sahabat-sahabat masih disisi, 
yang pasti syukur dibelakangku pelajar bukan berparti. 

buat mama, baba dan kakak, 
terima kasih karna sentiasa ada disaat perlu, 
membantu tika buntu, 
menasihati agar sentiasa teguh berdiri, 
menyedarkan diri tatkala terleka, 
sering ingatkan Allah sentiasa ada di mana2 sahaja. 

buat sahabat dan teman seperjuangan, 
terima kasih atas keringatmu untukku, 
terima kasih atas sokongan, 
terima kasih atas bantuan, 
harapku satu, 
jangan putus doa buatku 
karna yang pasti doaku buat kalian takkan pernah putus. 

mungkin kini jalannya berbeza, 
tapi perjuanganku tetap sama, 
biarkan apa mereka diluar nak kata, 
karna perkataanku itu perlu dilaksanakan, 
walaupun tidak dilandasan yang diimpi. 

Sahabat ku mohon kalian tidak tinggalkan aku, 
dalam usaha melakukan yang terbaik, 
buat kesenangan kita bersama, 
dan bukan hanya keselesaan daku semata. 

terima kasih sekali lagi buat semua.
hanya Allah yang bisa membalas segalanya, 
harapku satu, 
sekali telah bersetuju, 
sekali telah memasang hajat, 
teruskan dengan niat yang baik serta keikhlasan, 
agar segala satu perkara itu diberkati yang maha Esa. 


coretan oleh, 
RARA (Nuramirah bt Shahrin)
Youth Conference day 2, Senate Hall
3/10/2012

No comments:

Post a Comment