Pages

Tuesday, June 12, 2012

kakak nani!

bismillahirrahmanirrahim...


kali ini daku ingin berbicara mengenai satu satunya kakakku..

kakak yang berkongsi pertalian darah.

yang selalu bergaduh denganku.

gaduh itu lumrah dalam adik beradik.

walaupun apa terjadi bak kata pepatah air dicincang takkan putus..


beliau kini jauh diseberang laut

menimba ilmu di negeri orang

negeri kenyalang

bukan mudah hidup disana

harapnya kakakku kuat disana

selalunya dihantar jauh itu untuk belajar erti hidup

jangan pernah putus asa

atau marah tak tentu hala

karna ujian itu akan sentiasa hadir

untuk diri yang Allah sayangi.


Harapnya dikau buat yang terbaik disana..

Timba sebanyak mungkin ilmu dan kongsikan pada semua.

Doaku takkan putus buatmu..

Jangan lupa tuhan yang satu

Pasti dia sentiasa perhatikanMu..


nota kaki: balik nanti jgn lupa belanj adik seperti biasa :p

<3 u!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment