Pages

Thursday 7 July 2011

saya, mereka dan korea



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 

Dua hari lepas saya diminta mencari 10 orang wakil yang boleh menyertai sharing moments bersama pelajar korea yang belajar Inggeris di UIAM selama sebulan. Sayapun cari tak dapat pun sepuluh tapi adalah cukup untuk menolong SLEU. Hari ini acaranya berlansung. Sahabatku hairol telefon mengkhabarkan program dah mula apalagi saya dan Syud bersiap dalam masa yang singkat terus menuju ke Mini Audi library. Sesampai disana terasa macam bukan di Malaysia. Terasa cam masuk dalam scene drama korea. Adegan di dalam bilik kuliah dimana ketika itu seorang warga negara korea yang telah menetap di Malaysia selama 24 tahun datang memberikan lecture.. 100% dalam bahasa korea.. menggaruk kepala dibuatnya tapi aneh boleh plak saya paham sikit2...

Tepat pukul 5ptg kami dibahagikan kepada kumpulan dan saya dapat kumpulan 5!!! Memang baik mereka semua ni tapi sayangnya tak dapat nak ingat nama... berbelit- belit lidah nak sebut.. tapi apapun kami dapat berborak dan bertukar idea serta pendapat tentang budaya dan salah seorang dari mereka bertanyakan kepada saya persoalan mengenai agama, Saya cuba sehabis baik menjawab.. Moga Allah membuka hati mereka menyertai kita selepas ini :) 

Apapun saya sajikan anda semua dengan sedikit gmbar yg kami sempat rakamkan sepanjang program berlansung :)


dragon yg lawak dan aydin yg cool :)

dgn noona tersayang <3

noona lagi <3

comel :)

syud dan dragon!

dragon dan saya 

kumpulan kami 


Walaupun baru dipertemukan seketika kami seperti sudah lama berkawan. Moga persahabatan yang dibina seketika ini akan berterusan hingga ke akhir hayat.. Jaringan di korea selatan telahpun dibina insyaAllah korea akan masuk dalam list negara untuk dilawati insyaAllah ... 

nota kaki: ukhwah perlu dibina walaupun dengan kawan dari agama yang berlainan ..

4 comments:

  1. Anda terlibat sama? Bagusnya!

    p/s: Ditahan oleh mereka utk menjawab soalan treasure hunt minggu lps -_-''

    ReplyDelete
  2. yup join mereka utk sharing moments... Pengalaman yg xkn dilupakn.. Satu cara utk meluaskn jaringan :) soalan apa sj ygditanya?

    ReplyDelete
  3. Soalan mudah je dik. Dorg diberikan kertas bergambar dan kita perlu menamakan gambar itu dalam bahasa inggeris. Comel je mainan dorg aritu.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. memang comel... minggu depan mereka dh nak pulang :(

    ReplyDelete