Pages

Monday 13 June 2011

Majlis minum petang Friendship Group for Inter Religous Service

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu 

Alhamdulillah hari ini, saya masih lagi diberikan ruang dan peluang oleh Allah untuk hidup dan terus memetik keredhaan serta keampunan dari-Nya. sekiranya tidak, saya tak tahu dimana tempatku apakah di syurga ataupun sebaliknya. Saya punya 3 jemputan hari ini, pertama untuk menghadiri induksi muktamar PKPIM di Taman Cemerlang, ABIM Pusat di sebelah pagi bersama retreat PPIWP dan Hi tea antara agama di belah tengahari. Saya memilih untuk ke majlis Hi tea. 

Sebab pemilihan saya adalah saya telahpun meletakkan majlis ini terdahulu dalam jadual saya dan seperkara lagi adalah keran asaya mewakili ABIM. Ternyata bukan mudah untuk mengendalikan dan menghadiri majlis ini. Apabila kita telah terbiasa dengan ruang selesa kita disamping agama kita, kita perlu membuka ruang untuk kita bekerja bersama agama lain serta membuka ruang untuk perbincangan dan rancangan untuk kita dapat bersama-sama menjadikan bumi dan tanah yang kita cintai ini lebih selamat dan aman. 

Jangan sesekali menimbulkan sentimen membenci antara satu sama lain mahupun bermegah dengan agama kita sendiri. Sesungguhnya kita yang mewakili agama kita Islam tercinta perlu bertindak sebagai seorang daei' apabila menghadiri program sedemikian. Pabila berkata perlulah berhikmah, pabila bergaul perlu fikirkan batasnya. Medan seperti ini sebenarnya boleh menjadi pengkalan untuk melaksanakan pembelajaran tentang cara menjadi daei yang baik. Mungkin selama ini hanya mengetahui secara teori tetapi dengan menghadiri program sedemikian kita dapat mempraktikkan apa yang kita telah sekian lama pelajari. 

Bagi perjumpaan tadi,Dr Jega seperti biasa menerangkan agendanya seperti yang telah di terangkan semasa kem antara agama anjuran Kementerian Perpaduan di Shah Alam. Agenda HOPE yang dibawanya adalah akronim yang berbunyi HONOUR OUR PARENTS EVERYDAY. Agenda ini bertujuan untuk melahirkan golongan remaja yang lebih menghormati ibu dan bapa mereka serta memupuk para remaja menjadi anak yang bertanggungjawab, soleh dan solehah selain mengajar mereka erti sayang yang sebenarnya.

Agenda yang lebih penting dari yang atas adalah gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh 5 agama iaitu Community service di Kampung Melayu di kawasan Sentul dan juga teater bertajuk inheritance. InsyaAllah didoakan moga kedua - dua aktiviti yang dirancang bersama akan dapat membawa kepada perpaduan dan persefahaman antara agama. Mungkin kita berbeza agama, tetapi hati kita akan dapat bersatu untuk membantu masyarakat.  

Walaupun penat tetapi berbaloi ....

p/s: mencuba yang terbaik untuk belajar, jangan hanya berfikir untuk diri sendiri... Moga Sentiasa gerakkan hati dengan zikrullah dan perbanyakkan ibadah merapatkan diri kepada Allah supaya dikuatkan iman dan dimudahkan proses penerimaan ilmu.

Wallahualam.  

No comments:

Post a Comment