Pages

Thursday 3 March 2011

berdakwat kembali

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini , kali ini insyaALLAH akan dimulakan semula .. Sungguh perjalanan hidup manusia itu sukar diungkap dengan kata - kata kerana kata - kata bisa bertukar dari satu masa ke masa yang lain. Sepanjang masa diri ini simpan memori diminda sebelum mencari medium untuk di simpan sepanjang hayat .. Kali ini biarlah diri ini mengeluarkan sedikit memori yang tersimpan diminda untuk dikongsi bersama semua ..

Pada akhir bulan januari dan awal bulan februari diri ini diberi peluang untuk mewakili Malaysia dalam pada masa yang sama Future Global Network Foundation ke 5th International Youth Gathering di bumi Andalusia , Maghribi . Diri ini bersama 10 wakil Malaysia, masing - masing mewakili NGO masing - masing iaitu NGO yang berdaftar di bawah Union of NGOs in Islamic World (UNIW).. Sungguh pengalaman yg di peroleh tidak ternilai harganya . Kalau bisa diputar semula waktu pasti akan ku kembali ke waktu itu . Setiap yang berlaku di sana dan perjalananku menuju ke waktu itu takkan aku lupakan .

Disebalik pengalaman ke Andalusia diri ini menambah pengalaman dengan pengasahan fizikal serta mental di Tamrin Qiyadi PKPIM UIAM yang dilaksanakan di kem herba , sg congkak . Sungguh kem tersebut telah membuatkan diri ini mengeluarkan perasaan marah yang amat yang sudah lama tidak dikeluarkan . Keegoaan diri diuji dan ketahanan emosi dan mental diuji bersama . Tetapi pabila di fikirkan semula program yang dilaksanakan ada baiknya untuk membuatkan kita sedar dan muhasabah semula dimana hati dan arah kita dalam persatuan yang kita sertai .

Seterusnya , minggu - minggu dipenuhi dengan kelas dan tidak mungkin dilupa pabila diri ini membuat perbentangan dalam kelas 'revealation as a source of knowledge ' dimana diri ini membentangkan tajuk falsafah dalam pendidikan islam  . Aku mencuba sehabis - baik untuk memberi pemahaman kepada sahabat - sahabat kelas kerana diriku sendiri punya masalah memahami tentang falsafah dalam pendidikan islam itu sendiri tetapi Alhamdulillah diri ini mendapat bantuan dari senior - senior diantaranya Abg Fazril , Abg Faisal dan beberapa individu yang lain . Diri ini juga bersyukur kerana diberikan rakan kumpulan yang sangat senang untuk berkerja dengan dan berharap akan ada peluang untuk bekerja bersama mereka dimasa hadapan .

Tidak dilupa kelas Sejarah Rusia dan Muslim Eurasia dimana pada minggu ini diadakan map test oleh lecturer kesayangan Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski . Saat diri ini melangkah kedalam dengan memakai jalabah terus ditegur Kopanski yang tika itu sedang mengedarkan kertas yang mengandungi peta yang kosong . Diri ini tika itu memakai hood dikepala kerana hujan masuk terus Atok Kopanski berkata " AMIRAH ! No wonder i felt that there's something missing . Its u  the one ! and look at you , ur wearing Moroccan traditional clothes :) ". Diri ini terus ke tempat duduk dan mula menconteng kertas yang diberikan dengan menanda jawapan yang diminta.

Hujung minggu ini aq akan berhadapan dengan 2 program besar . Pertamanya , Interfaith Dialogue 3 anjuran Kelab Intelek Muda @ Intellectual Youth Club . Seterusnya muktamar sanawi PKPIM UIAM Gombak . Ya Allah , permudahkanlah urusan hambamu ini . berikanlah dia rehat yang cukup . Jadikanlah tidur selama sejam  bagaikan tidur selama 8 jam dan kuatkanlah hatinya ...


Akhir Kalam , Manusia itu perlu belajar dan memahami perjalanan dan pengalaman hidupnya untuk dia menjadi seorang yang berguna dan juga supaya manusia itu sentiasa berdiri di bumi yang nyata tidak dalam fantasi dan angan - angan . dan jangan sesekali membelakangkan Al - Quran dan Sunnah dalam hidup dan 2 insan penting dalam hidup selepas Allah dan Rasulullah . Ibu bapa kita .

 Mama dan Baba adik sayang mama dan baba sangat ! Doakan adik jadi anak yang solehah ye :)

Sekian ,

Wassalam

Nuramirah Shahrin
4/3/2011
Mahallah Nusaibah , IIUM

p/s: menapak dengan berani dan kuat di bumi yang nyata


No comments:

Post a Comment